♔Hanya Kamu (Part 27)♔
Tuesday, 18 December 2012 | 00:15 | 0 love drops
Tiga Hari Berlalu
Telefon bimbit Danny berbunyi. “Danny! Ai dah sedar!!”
Atikah menjerit riang. “Apa?” Danny turut terkejut dengan berita Atikah itu.
Semenjak Puan Tini pengsan di hospital tiga hari yang lepas, dia tidak
dibenarkan untuk menjaga Airah. Danny hendak menjaga tetapi dia mesti
menguruskan segala isi rumah mereka. Hendak mengharapkan Atikah, Atikah
bukannya tahu apa yang perlu dilakukan. Jadi Danny meminta Atikah supaya
menjaga Airah sepanjang Airah berada di hospital.
“Saya datang sekarang juga!” Danny memutuskan talian.
Beberapa minit selepas itu Danny datang bersama-sama dengan Puan Tini dan juga
kembar Airah. Berkejar Danny dan juga Puan Tini ke arah wad yang menempatkan
Airah. “Tika, macam mana dengan Ira?” Puan Tini menyoal Atikah yang sedang
berdiri di luar pintu wad. “Doktor tengah periksa keadaan Airah.” Atikah
menjelaskan. Puan Tini hanya berdoa sahaja mengharap agar anak perempuan dia
selamat.
Doktor Mila keluar dari wad Airah dan menemui keluarga
Airah. “Puan” Doktor Mila menyalami tangan Puan Tini. “Alhamdullilah anak puan
dah stabil, Cuma, dia perlukan rehat yang lebih, tapi..” doctor Mila
menghentikan ayat dia. Puan Tini hanya menanti dengan sabar sahaja.
“Kemungkinan besar anak puan akan mengalami amnesia” Doktor Mila memberitahu.
Puan Tini yang tadi ceria, berubah terus wajahnya. Danny hanya memerhati sahaja
riak wajah ibunya itu.
“Bagaimana saya mahu pulih kan semula ingatannya doctor?”
Tanya Danny. “Awak kena bawa dia ke tempat-tempat yang banyak meninggalkan
kenangan manis kepada dia. Atau, sesuatu barang atau gambar yang awak rasa
bermakna buat dia. Dengan ini mungkin ingatan dia akan pulih.” Doktor Mila
memberitahu. “baiklah doctor” Danny
mengangguk-angguk. Atikah hanya mendiam kan diri sahaja. Memendam rasa
.
.
“Boleh kami masuk?” Puan Tini memintan kebenaran daripada
Doktor Mila. “baiklah, tapi sekejap sahaja, hanya setengah jam diperuntukkan
buat kamu semua, maafkan saya, walaupun dia dah stabil tapi dia masih lagi
lemah dan pelu dipantau, seperti biasa, hanya seorang sahaja yang boleh menjaga
dia.” Doktor Mila membenarkan. “Baiklah doctor.”
Masuk sahaja di dalam wad, Puan Tini seperti mahu menangis
melihat Airah. Wayar yang berselirat hingga ke kepala dia menambahkan lagi
kesedihan kepada Puan Tini. “Ira” Puan Tini memegang tangan Airah. Airah
terkejut lalu menarik pantas tangan dia yang dipegang oleh Puan Tini. “Si..siapa..siapa
awak?” Airah menyoal. Air mata yang bergenang sudah tidak mampu ditahan lagi.
Pipi Puan Tini sudah basah dengan air mata dia sendiri. Danny hanya memandang
dengan perasaan yang sayu sahaja. Atikah hanya mamapu menggetapkan bibir dia.
Menahan segala perasaan yang bersarang di dalam hati dia.
“Tika, biar makcik yang jaga dia kat hospital ini. Awak
dengan Danny balik lah ke rumah.” Puan Tini meminta. “Tapi makcik..” Atikah
seperti tidak yakin dengan Puan Tini. “Taka pa, makcik boleh, makcik nak
pulihkan ingatan Ira ni. Bolehkan Atikah? “ Atikah akhirnya mengangguk tanda
setuju. “Danny, bawakkan baju ibu ke sini ya” Danny hanya mengangguk-angguk
sahaja. Atikah mengemas semua barang-barang dia.
Atikah, Danny dan juga Rafeeq balik ke rumah
Puan Tini. Masing-masing membisu seribu bahasa. Lelaki yang duduk di tempat
duduk belakang itu menarik perhatian Atikah. Tapi di diam kan sahaja. Ada masa
nanti barulah dia akan menyoal Danny
Hearts, :A Fiction Girl:


