♔Hanya Kamu (Part 26)♔
Monday, 17 December 2012 | 06:37 | 0 love drops
“Saya dah balik” ucap Danny setelah member salam. Puan Tini
menyambut anak lelaki dia itu. “Macam mana dengan Airah?” Puan Tini menyoal.
Danny melepaskan keluhan. “belum sedar, Atikah hendak jaga dia, dan Atikah
minta supaya membawa pakaian dia sekali jika ibu mahu melawat Ira” Danny
mengeluh sekali lagi setelah habis bercakap.
“Daniel, kenapa asyik mengeluh aja ni? Kenapa Danny balik
lambat ni?” Puan Tini menyoal lembut. Di kala itu dia ternampak kelibat
seseorang di dalam kereta Danny. Danny hanya melepaskan keluhan sekali lagi.
“Anak ibu!!” Puan Tini menjerit dan terus menerpa ke arah kereta Danny. Danny
terkejut. Begitu tajam penglihatan Puan Tini. Puan Tini bergegas ke tempat
sebelah pemandu dan membuka pintu kereta dan terus memeluk kembar Airah itu.
“Anak ibu, mana anak ibu pergi selama ni? Ibu sentiasa
risaukan kamu” Puan Tini menangis kegembiraan. Seperti biasa, lelaki itu hanya
diam sahaja dan hanya pandang ke hadapan, tidak menghadap langsung muka Puan
Tini. Puan Tini melepaskan pelukkan dia. Dia merasa pelik dengan tindakan yang
ditunjukkan oleh kembar Airah itu. “Anak ibu, kenapa diam? Kamu marahkan ibu
ke?” Puan Tini sudah mahu menangis lagi.
“Ibu” Danny menghampiri. “Sejak Danny jumpa dia tadi, dia
macam ini sahaja, hanya bergerak apabila menerima arahan daripada mak” Danny
menjelaskan. “Apa? Mak? Kamu jumpa mak tadi?” soal Puan Tini. Danny hanya
mengangguk sahaja. “Apa yang dia nak?” Soal Puan Tini. “Mak ‘pulangkan’ dia”
Danny menujuk pada lelaki itu.
Puan Tini hanya mampu mengangguk menahan air mata dia
daripada keluar sahaja. Ya Allah, inikah dugaa yang perlu ditempuhi oleh anakku
Ya Allah. Puan Tini menangis di dalam hati.
Seminggu kemudian
“Doktor, bila anak saya akan sedar?” Puan Tini menyoal
Doktor Mila selaku doctor yang merawat Airah sepanjang Airah di hospital itu.
“Hmm, yang itu saya tidak pasti, tapi..” Doktor Mila tidak sanggup untuk
meneruskan ayat dia. “Tapi apa doctor?” Tanya Puan Tini tidak sabar. Doktor
Mila tahu selaku doctor dia mesti beritahu walau apa pun keadaan pesakit kepada
keluarga pesakit tersebut. “Err, jika dia tidak sedarkan diri dalam masa dua
tiga hari ini mungkin dia akan meninggalkan kita semua” Puan Tini menjadi lemah
semangat mendengar itu semua. Mujur Danny sempat sambut tubuh tua ibu dia.
Atikah yang berada disitu juga terasa seperti mahu menangis
sahaja. Dia berlari ke dalam bilik air untuk melepaskan tangisan dia. Manakala
lelaki yang diserahkan oleh ‘mak’ itu masih lagi seperti seminggu yang lepas.
Hanya berjalan sahaja. Bagaikan robot
manusia yang dikawal.
Hearts, :A Fiction Girl:


