♔Hanya Kamu (Part 25)♔
Tuesday, 27 November 2012 | 07:47 | 0 love drops
“Budak ni menyakitkan hati aku aje. Kalau duduk dengan dia,
macam duduk dengan tunggul. Kenapelah aku boleh tak jadi jual dulu. Ni semua
bapak kau punya pasal lah!” perempuan itu meninggikan suara dia. Semua yang
berada di situ memandang mereka. “Mak, jom keluar. Kita bincang di luar” Danny
bersuara dan terus berlalu. Lelaki yang diam tadi tidak bergerak langsung dari
tempat dia. “Hoi! Barang kau! Jangan nak tinggal sepah-sepah! Aku dah malas nak
jaga!” perempuan itu menjerit pada Danny.
Danny berpaling. Apa masalah budak ni? Danny kembali dan
menarik lelaki itu bersama dia. Semua mata-mata memandang mereka. Sesungguhnya
Danny tidak tertahan rasa malu dia. “jom naik kereta ikut saya, kita pergi kat
tempat yang sunyi sikit” Danny lembut mengajak mak tiri dia. “Huh! Sukahati kau
lah! Kau memang pengecut! Macam bapak kau!” perempuan itu bagaikan menuang
minyak pada api sahaja. Tapi ditahan Danny. Dia beristighfar banyak-banyak.
Agar hati dia tidak mudah di goda oleh syaitan yang durjana. Dan juga dijauhkan
dari api kemarahan.
Lelaki tadi mengekori
perempuan itu masuk kedalam kereta. Bingung juga Danny dibuatnya. Lelaki itu
hanya mengekori kemana sahaja bontot mak dia pergi. “Hoi! Kau pergi naik kereta
dia! Bukan kereta aku” selamba sahaja perempuan itu memarahi lelaki itu. Danny
hanya melihat dari jauh sahaja. Lambat-lambat lelaki itu datang pada Danny.
Danny memandu ke suatu tempat. Sepanjang perjalanan lelaki
itu hanya senyap sahaja. Wajahnya hanya tunduk sahaja. Danny tidak dapat cam
siapakan lelaki disebelahnya itu. sesudah sampai di tempat yang mahu dituju
mereka sama-sama keluar.
“Baik mak beritahu saya, siapa sebenarnya dia” Danny
mengugut perempuan itu. “Hei. Adik sendiri pon dah tak kenal? Ke muka dia
memang tak sama dengan kembar perempuan dia? Atau kau memang tak pernah amik
tahu langsung pasal keluarga kau?” sinis sahaja perempuan itu bersuara. “Mak!”
Danny meninggikan suara dia. “Pergi balik la kau sana!” Perempuan it uterus
berlalu kedalam kereta dia dan pergi.
Nak atau tidak, Danny terpaksa membawa kembar AIrah itu
pulang kerumah. Pada mulanya memang susah hendak tarik dia masuk kedalam
kereta. Mungkin lelaki itu menunggu mak
tiri Danny datang semula. Memang setia kembar Airah kepada mak tiri dia, entah
apa yang mak tiri dia buat sebelum ini kepada dia sehingga dia seperti menjadi
robot yang menanti arahan tuannya. Akhirnya kembar Airah berjaya dipujuk balik,
itupun Danny yang menolak masuk kedalam kereta. Yang bagusnya dia tidak melawan
langsung walapun cara yang Danny gunakan agak kasar.
Hearts, :A Fiction Girl:


