♔Hanya Kamu (Part 24)♔
Monday, 26 November 2012 | 08:52 | 0 love drops

“Wait! U there!” tegur seorang perempuan dari arah belakang Danny. Danny berpusing untuk melihat ke arah suara itu. Terkedu Danny seketika. Danny seperti cacing kepanasan di situ. Mahu sahaja dia memanjangkan langkah dia dan terus berlalu dari situ. Tapi di sisi perempuan itu membuatkan dia tergamam tanpa suara dan kaki dia juga seperti terlekat di lantai lobi hospital itu. “Danny?” soal perempuan itu. Danny mengangguk.

“Well, seperti kebetulan kan.” Perempuan itu bersuara sekali lagi. “Mak nak apa lagi?” Danny bermalasan menyoal.  Sesungguhnya dia amat benci untuk melihat muka perempuan itu, yang telah merampas bapa dia dan juga kembar Airah. Nur Muhammad Rafeeq. “tak sangka kau ingat aku lagi lepas 20 tahun lebih kita tak jumpa” perempuan yang dipanggil ‘mak’ itu bersuara lagi. “kali ni mak nak rampas apa lagi? Semua yang mak nak dah dapat. Apa lagi yang mak nak?” Danny cuba untuk berlembut. Dia sentiasa ingat akan pesanan Puan Tini agar sentiasa mengormati orang tua.

“Aku nak kau!” perempuan itu bersuara lagi. Terbeliak biji mata Danny. Bagaikan mahu tersembul sahaja. “Hahaha, tak payahlah nak besarkan biji mata kau yang sepet tu. Aku cuma nak pulang kan mainan ni. Buat sakit hati aje” perempuan itu menarik seorang lelaki dibelakang dia. Yang dari tadi setia menemani dia tanpa suara. Lelaki itu terdorong kedepan, kearah Danny.

Danny pelik. Kenapa lelaki itu diam sahaja. Diperlakukan begitu tetapi masih lagi diam. Malah wajahnya turut ditundukkan. Dengan cap yang ada di atas kepala lelaki itu. Danny tidak dapat cam siapa dia. Danny hanya memegang lengan lelaki itu sahaja.



Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥