♔Hanya Kamu (Part 23)♔
Saturday, 17 November 2012 | 20:38 | 0 love drops


“Atikah, sebenarnya, saya dah jatuh hati dengan awak” Danny meluahkan perasaan dia pada masa ini. Atikah terkedu seketika, kemudian dia memandang muka Danny, “Maafkan saya, saya tak boleh nak terima cinta awak, saya tak bermaksud nak buat awak jatuh cinta dengan saya, saya tak bermaksud nak bermanja dengan awak sampai awak jatuh hati dekat saya, sesungguhnya saya hanyalah hamba Allah yang biasa, saya tidak berniat apa-apa pun dekat awak, apatah lagi mencuri hati awak, maafkan saya” Atikah meminta maaf

Danny tersenyum hambar, dia tahu ini bukanlah masanya yang tepat. Tetapi dia tidak dapat menahan perasaan dia. Dikala Atikah menangis mengingatkan adik dia, masakan dia boleh meluah perasaan diwaktu begini? Sungguh bodoh kau Danny! Danny bergumam di dalam hati. “Tak apa lah Atikah, mungkin salah saya juga cakap benda yang tidak sepatutnya” Danny menunduk kemudian berlalu pergi.

“Tunggu dulu Danny!” Atikah menahan. “Awak nak pergi mana?” Atikah menyoal. “Balik, esok saya datang” Danny masih lagi seperti tadi, tetap tersenyum. Tetapi hambar. “Maaf kan saya!” Atikah menunduk hampir sahaja 90 darjah di hadapan Danny. Danny hanya melambai dan berlalu pergi.

Ya Allah! Aku dah salah cakap ke? Atikah bergumam sendiri. “Cik?” tegur seorang jururawat dari arah belakang. “Ya saya?” Atikah menjawab. “Cik kan orang yang akan menemani pesakit bernama Nur Airah?” soal jururawat itu sekali lagi. “Ya saya.” Atikah mengiyakan buat kali kedua. Baiklah, cik boleh masuk ke dalam wad sekarang ini.” Jururawat itu memberikan kebenaran. Atikah hanya tersenyum sahaja.

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥