♔Hanya Kamu (Part 22)♔
Saturday, 17 November 2012 | 10:59 | 0 love drops


“Sebenarnya apa yang berlaku Tika?” soal Razi ketika mereka berdua di bangku taman di hospital tersebut. “aku dengan Airah turun tangga untuk jumpa kau lah. Lepas tu Ai terjatuh dari tangga. Habis berdarah kepala dia. Tu yang dia masuk hospital tu” Atikah menjelaskan dengan serba ringkas. Razi hanya mengangguk sahaja. “Lelaki itu siapa?” soalan Razi lebih menuju ke arah Danny. “lelaki?” Atikah pelik. 

  “Alah, yang makan dengan kita tadi.” “Abang Ai” jawab Atikah ringkas. “oh” hanya itu yang keluar dari mulut Razi. “takut ke yang itu teman lelaki Airah?” Atikah menduga. “Taklah, Cuma...” Razi teragak-agak untuk berbicara. “Cuma?” Atikah tidak sabar. “Dia sesuai dengan kau” Razi meluahkannya. Bagaikan tersentap jantung Atikah. “maaf, aku nak ke tandas kejap” Atikah terus bangun dan berlalu pergi.

Di dalam tandas Atikah menangis lagi. Sampai bengkak-bengkak mata dia. Razi! Tak tahu kah kau bahawa aku yang mencintaimu? Mengapa kau mesti melihat gadis yang lain? Mengapa kau tidak melihat ku yang berdiri di hadapan mu ketika itu?

Perasaan Atikah kini bercelaru. Antara cemburu, cinta, kawan, yang mana satu harus di dahulukan? Atikah menangis sepuas-puasnya. Selepas puas menangis, Atikah kembali naik ke bilik wab Airah. “Puas menangis?” soal Danny. Atikah terkejut. “Mana ada saya menangis” Atikah menidakkan. “Mulut awak boleh lah cakap tak, tu, muka awak dengan mata awak yang bengkak tu tak boleh nak tipu orang tau” Danny menunding pada mata Atikah. Atikah jadi malu sendiri.

“Jadi, apa yang dah lelaki tu buat kat awak sampai awak menangis ni?” soal Danny. “Taklah, tak ada apa-apa. Dia soal pasal Ai aje. Saya pun risaukan Ai, jadi saya menangislah” Atikah separuh jujur separuh berbohong. “hhhmmm” itu sahaja yang dibalas oleh Danny. Masing-masing diam seketika. 

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥