♔Hanya Kamu (Part 21)♔
Wednesday, 14 November 2012 | 06:39 | 0 love drops
“macam mana bu?” Danny menyoal ibunya. Puan Tini tiba-tiba
sahaja menjadi lemah semangat. Kaki dia terasa rapuh dan Puan Tini jatuh
terduduk. Atikah dan Danny cepat-cepat menyambut Puan Tini. Razi yang tidak
tahu apa-apa itu hanya melihat sahaja gelagat mereka. Hendak tolong, dia tidak
tahu hendak menolong apa, hendak bersuara, dia pun tidak tahu mahu mengucap
ayat apa. Jadi Razi memilih untuk diam sahaja.
“Ira kena bedah, esok ibu kena datang untuk tandatangan
surat keizinan untuk membuat pembedahan.” Danny hanya mengangguk sahaja.
“Atikah, awak tidur mana malam ni?” Soal Danny. Tiba-tiba muka Atikah berubah.
Ye tak ye jugak. Mana aku nak tidur ni? Takkan la dalam rumah tu tanpa Ai?
“err, saya tidur kat sini ajelah, temankan Airah, nanti saya Tanya jururawat
tu, boleh tak saya tidur di hospital jaga Ai” Danny merenung dalam-dalam mata
Atikah. Atikah jadi resah seketika. “Baiklah, nak pakaian?” Danny menyoal.
“saya boleh bawakan.” Danny menambah. Pakaian? Danny bawakkan? “eerr, tak
payahlah, esok pagi mak awak datang, awak hantar saya balik, masa tu baru saya
salin pakaian” Atikah memberikan jawapan. Danny hanya mengangguk sahaja.
“Daniel, suruh Pak Mat ambil Nurul dekat sekolah” Puan Tini
menginggatkan Danny. Walaupun kepala dia sedang sakit, dia tidak pernah lupakan
jadual anak bongsu dia itu. dia lebih selesa memanggil ‘Eiya’ dengan nama
‘nurul’ Airah dengan nama manja yang satu keluarga dia panggil dan Danny seorang
sahaja yang tukar-tukar. Kejap-kejap Danny, kejap-kejap Daniel. “Okay” Danny
mengeluarkan telefon bimbit dia dan menelefon Pak Mat. “cakap kat Pak Mat bawa
Nurul pergi hospital, tapi tunggu kat bawah, ibu nak balik nanti” Danny
mengiyakan dan menyampaikan pesanan ibu dia itu pada Pak Mat.
Tak lama kemudian ibu Danny pun pulang. Atikah, Danny dan
juga Razi menghantar Puan Tini sampai ke lobi hospital. “Awak tak balik?” Soal
Atikah pada Danny. “Malamlah. Saya teman awak sampai malam, lepas tu awak teman
Ira sampai pagi” Danny memberikan jawapan. “Err, dah masuk waktu lunch, jom
makan” Barulah Razi membuka mulut setelah sekian lama berdiam diri. Atikah dan
Danny memandang sesame mereka dan melihat jam. “Baiklah” jawab mereka serentak.
Mereka bertiga makan di kantin hospital. Selesai makan
mereka pun beredar. “maaf, boleh saya pinjam Atikah sekejap?” Razi meminta izin
daripada Danny. Huh! Macamlah aku ni bini Danny nak mintak-mintak izin dia
pulak! Atikah bergumam di dalam hati. Danny melihat Razi seketika. Kemudian
mengiyakan.
Hearts, :A Fiction Girl:


