♔Hanya Kamu (Part 20)♔
Saturday, 3 November 2012 | 22:32 | 0 love drops



Atikah bangun dari tempat duduk dia. “hendak kemana?” Danny menyoal. “tandas” pendek sahaja jawapan yang diberikan. Danny mengangguk. Di dalam tandas barulah Atikah perasan akan betapa buruknya rupa dia kerana makeup yang luntur itu. Makeup dia pakai gara-gara ingin berjumpa dengan Razi. Tetapi andai pertemuan itu berjalan dengan lancar, adakah Razi akan memuji dia? Sebagaimana Razi memuji muka nautral Airah? Atikah membasuh muka dia bersih-bersih.

“Tikah! Airah mana?” Razi yang entah dari mana mucul, tiba-tiba aja ada dibelakang Atikah. “Dalam wad ICU” Atikah menjawab. Dia seboleh-bolehnye tidak mahu menangis di hadapan Razi. Biarlah dia pendam perasaan dia di dalam lubuk hati dalam-dalam. Atikah mengambil tempat duduk dia semula. Razi pula mengambil tempat untuk duduk di sebelah Danny. Terlintas dikepala Razi, siapa mereka? Dia merujuk kepada Puan Tini dan juga Danny. Mungkin mak dan abang dia kot. Razi sempat membuat kesimpulan dia sendiri.

“Maaf, ibu pesakit yang bernama Airah ini ada disini tak?” jururawat itu bertanyakan tentang Puan Tini. “Ya saya!” Puan Tini dan juga Atikah pantas bangun dan mendekati jururawat tersebut. “Maaf puan, anak puan ada pendarahan di dalam kepala dia, dan buat masa ini dia akan di tahan di wad ICU ini buat masa tiga hari sahaja lagi. Tapi sebelum itu, kami perlu minta keizinan daripada puan untuk melakukan pembedahan bagi membuang darah beku di dalam kepala anak puan.” Jururawat tersebut menerangkan tentang keadaan Airah.

 “Ya! Buatlah pembedahan, asal kan anak saya selamat. Berapapun saya sanggup bayar” Puan Tini yang sudah sakit kepala bagaikan migraine itu cepat sahaja membuat keputusan. “Baiklah, puan perlu menyetujui proses pembedahan ini, esok puan perlu datang untuk tandatangan borang pembedahan.” Jururawat itu menerangkan sekali lagi. Puan Tini mengangguk lemah.

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥