♔Hnaya Kamu (Part 18)♔
Saturday, 6 October 2012 | 23:46 | 0 love drops



“Ai, aku nak Tanya sesuatu boleh?” setelah sekian lama mereka diam, Atikah membuka suara. Dia diam tadi kerana tidak mahu menganggu tumpuan Airah ‘membelitkan’ selendang pada kepala dia. “Apa dia?” Setelah sentuhan terakhir tamat. Airah barulah membuka suara. Dia memang tidak boleh membuat kerja sambil bercakap. “Kau ada berapa orang adik-beradik sebenarnya?” Atikah memberanikan diri menyoal. “4” jawab Airah selamba.

“4? Kenapa aku Nampak 3 je?” Atikah menyoal lagi. Airah menenung muka Atikah. “Nie mesti abang Danny cerita tadi kan.” Airah menyerkap jarang. “Atikah mengangguk kecil. “Abang Danny cakap apa aje?”  Airah menyoal. “Dia cerita tentang percintaan mak ayah kau, then dia beritahu semua nama adik-beradik kau, tapi yang lagi satu dia cakap tanya kau.” Atikah menjawab jujur. Airah tersenyum hambar. “Yang lagi satu tu kembar aku” Airah menjawab. “Mana dia?” Atikah ingin tahu. “Ikut bapa aku.” Airah menundukkan kepala dia.

“Maaf” Atikah yang perasan akan perubahan riak muka Airah itu terus meminta maaf. “Tak apa. Kau tak salah. Dah memang aku tak pernah nak beritahu kau” Airah pula yang memujuk Atikah. “Eh! Dah nak pukul 10 lah! Jom gerak!” Airah segera menarik tangan Atikah. Atikah hanya menurut sahaja. “Kejap Ai! Purse aku tertinggal dalam bilik” Atikah segera berlari kebilik semula. Airah hanya menggeleng-gelengkan kepala dia sahaja. Airah terus berpaling untuk menuruni tangga. “AAHHHH!” Tanpa disedari, depan dia adalah tangga, dan di luar kesedaran Airah, dia terus membuka langkah. Akibatnya dia terjatuh ke bawah.

Seisi rumah tersebut melangkah laju kearah tangga selepas terdengar Airah mejerit dan juga bunyi terjatuh. “Ira!!” Puan Tini menjerit nama anak dia. “Aiiiiii!!” Atikah pula menjerit nama kawan baik dia. Keadaan Airah agak parah. Kepala dia berdarah teruk. Mulut dan hidung dia juga keluar banyak darah. “Call ambulans!” Puan Tini yang panik mengarahkan Danny. Danny cepat-cepat menghubungi Ambulan.

Puan Tini dan Atikah menangis di sisi Airah. Puan Tini mengalaskan kepala Airah dengan paha dia. Puan Tini tidak isah dengan segala darah yang mencemarkan baju mahal dia itu. sekarang ini di dalam kepala dia hanyalah tentang Airah yang sedang parah. Atikah hanya menggengam tangan Airah yang lesu itu sambil menangis. Muka Airah dikala ini sangat pucat. Bagaikan mayat hidup kerana kehilangan sangat banyak darah.


Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥