♔Hanya Kamu(Part 17)♔
Saturday, 6 October 2012 | 23:44 | 0 love drops



“Ibrahim, jatuh cinta dengan Shin Min Ah sewaktu belajar kat university Inha dulu, lepas itu mereka berkahwin, Shin Min Ah menjadi mualaf dengan nama baru dia iaitu Hartini Mariam atau nama gelemer dia Puan Tini. Anak sulung bernama Muhammad Daniel Iqram dan lebih selesa dipanggil dengan nama manja iaitu Danny, anak kedua Siti Nur Airah atau nama manja Ira dalam family, dengar cerita kawan-kawan dia panggil dia Ai dan anak yang terakhir sekali adalah Siti Nurul Airah atau nama manja dia Eiya. Tapi ada lagi satu, kalau awak nak tahu Tanya Ira sendiri.” panjang lebar Danny becerita.

Atikah hanya mengangguk kan kepala dia bagaikan burung belatuk sahaja. “assalamualaikum” Airah memberikan salam dari luar. “waalaikumusalam” serentak Atikah dan Danny menjawab salam. “Jom Ika naik atas” Airah menarik tangan Atikah. Atikah hanya menurut sahaja.

Di dalam bilik, Airah sibuk memilihkan Atikah pakaian yang cantik-cantik. Memandangkan bentuk badan mereka agak sama, jadi tiada masalah bagi Atikah untuk memakai baju Airah, Cuma dia tidak berapa berkenan kerana baju Airah sumanya berjenama, sedangkan baju dia hanya dua tiga pasang aja yang berjenama. “Tak apa lah, aku tak kisah, lagi pun akuyang suruh kau pakai” itulah jawapan Airah setiap kali dia menolak.

Akhirnya dia memilih baju kemeja berwarna coklat dan dia mengenakan seluar palazzo berwarna hitam. “Nantilah pakai! Lama lagi nak jumpa dia!” Atikah menolak apabila Airah suruh dia memakai baju itu. “Habis tu? Bila nak siap?” Airah tidak puas hati. “pukul 9:30 nanti ke?” Atikah memberikan cadangan.
“Tak boleh! Kita nak buat gaya Hana Tajima lagi, nak make up lagi, lama tau!” Airah memprotes. “make up? Taknak lah!” Atikah menolak sekali lagi. “Ala, simple-simple je la, tak lah over sangat aku make up kau nanti.” Airah memujuk. “kau ada make up ke? Tak pernah Nampak pun” Atikah menyoal.

“Buat apa aku nak ber-make up masa belajar? Nak mengurat  Mr. Asyraf ke?” Airah ketawa. “Handsome jugak dia tu, bujang lagi, manalah tahu sangkut kalau kau pakai make up nantikan?” Atikah mengenyitkan mata dia pada Airah. Airah menepuk lembut bahu Atikah. “Banyaklah kau! Memanglah dia bujang and handsome, but aku tak berkenan sangat dengan anak John Amir tu!” Airah menjelirkan lidah dia. John Amir adalah nama bapa kepada Mr. Asyraf. Mr. Asyraf adalah pensyarah muda yang baru sahaja tamat belajar dari UK. Ramai yang tergila-gilakan dia, tetapi tidak Airah. Dia jelik melihat Mr. Asyraf yang tidak kurang juga gatalnya bagaikan miang itu!

“Jom main dengan arnab!” Atikah menarik tangan Airah. “jom!” Airah dan Atikah serentak turun tangga. Mereka bermai dengan arnab sampai pukul 9 pagi. Kemudian Airah menarik tangan Atikah untuk naik ke atas dan bersiap-siap untuk temu janji. Atikah membilas diri dia sekali lagi. Kemudian dia mengenakan pakaian yang dipilih oleh Airah tadi.

“Duduk! Aku nak make up kau!” Airah menolak Atikah duduk ke atas katil. Atikah hanya menurut sahaja. Memandangkan hari itu hari Ahad, dan merupakan hari minggu untuk orang bersantai, jadi Airah hanya make up kan Atikah secara simple sahaja. Walaupun berkemeja, tetapi nampak santai. “Cantik!” Airah memuji selesai sahaja dia make up kan Atikah. Atikah jadi segan. Ini kali pertama dia memakai make up. Selalunya dia hanya mengenakan bedak asas sahaja.

“Sini, aku nak pakaikan kau selendang gaya Hana Tajima ‘kakak’ aku tu” Airah mencapai neck scarf berwarna hitan dan juga selendang satin berwarna coklat yang agak terang sikit warna dia daripada kemeja tadi. “Apa dia? Aku kurang dengar la, kakak kau?” Atikah menadah telinga dia pada Airah. “Yup! Kakak aku, kenapa jealous?” Airah ketawa. “Eii perasan! Dia kakak aku lah!” Atikah pula menyambung. Mereka sama-sama tertawa.

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥