♔Hanya Kamu (Part 19)♔
Friday, 12 October 2012 | 00:12 | 0 love drops


Seketika kamudian Ambulan pun sampai di hadapan rumah banglo Puan Tini. Pegawai dari hospital segera mendapatkan Airah yang pucat itu. dan mengusung dia kedalam Ambulan. Puan Tini menaiki Ambulan itu untuk melihat Airah. Danny pula memandu kereta bersama-sama dengan Atikah yang berada disebelah dia. Atikah yang duduk disebelah Danny menangis teresak-esak. “Dah la menangis tu. Insya-Allah dia akan baik” Danny cuba memujuk Atikah. Atikah terus menangis. Dia tenggelam dengan dunia tangisan dia sendiri. Danny memilih jalan untuk berdiam diri sahaja melihat keadaan Atikah begitu. Habis semua makeup Atikah luntur. Eye liner Atikah luntur ke bawah. Agak menakutkan bagi budak-budak.

Sampai sahaja di hospital Danny dan Atikah terus meluru ke unit kecemasan. Atikah tidak peduli dengan wajah dia sekarang ini. Yang penting hanyalah Airah sekarang ini. Mereka melihat Puan Tini sedang duduk di kerusi menunggu dengan tangisan. Atikah duduk disebelah Puan Tini dan memegang tangan Puan Tini dengan erat. Mereka sama-sama menangis. “Mak, Atikah, sudah-sudahlah menangis. Insya-Allah Ira akan baik.” Danny cuba memujuk Puan Tini dan juga Atikah. Mereka sama-sama mengangguk. Tetapi air mata tetap mengalir. Danny mengambil tempat disebelah ibu dia. Dia duduk dan terus meraup muka dia sendiri. Serabut di saat ini.

Setelah puas menagis. Kedua-dua perempuan itu diam seribu bahasa. Danny turut diam. Tidak ada topik untuk diajak berbual disaat ini. Masing-masing risau tentang Airah. Bunyi lagu dari dalam beg tangan Puan Tini bernyanyi. Lagu bertajuk ‘Time’ nyanyian penyanyi korea iaitu ‘HyunA dan juga Rado’ terus berlagu. Puan Tini mencapai dan terus mengangkat call tersebut. “Siapa ni?” soal Puan Tini. “Maaf, boleh bercakap dengan Airah” suara lelaki dari telefon sebelah sana meminta untuk bercakap dengan Airah. serta merta air mata Puan Tini yang tadi kering menjadi basah semula. Masing-masing panik. Atikah mencapai telefon itu dan terus bercakap dengan pemanggil dia.

“Razi?” Atikah meneka. “Airah?” Razi menyoal. “Tak Atikah” Atikah membalas. “Airah mana?” Razi menyoal lagi. “Atikah menahan empangan air mata dia dari terus pecah. Tetapi gagal juga. Razi di sebelah sana sudah pelik. Mengapa mesti menangis? Ada satu firasat buruk menjalar di dalam hati dia. “Airah masuk hospital” Atikah memberitahu. “Apa? Saya datang!” Razi terus memutuskan talian. Atikah terkilan sedikit dengan sikap Razi. Jika Airah jatuh sakit, cepat sahaja Razi datang. Jika dia? Razi hanya bertanya sahaja. Tidak mahu ambil pusing. Sedikit perasaan cemburu datang dalam hati kecil dia. Atikah cepat-cepat mengucap. 

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥