♔Hanya Kamu (Part 16)♔
Saturday, 6 October 2012 | 23:41 | 0 love drops
Keesokannya seperti biasa, Airah bangun pukul 5 pagi untuk
bersiap-siap solat subuh berjemaah dengan keluarga dia. Biarpun Puan Tini
seorang mualaf, dia rajin mengingatkan anak-anak dia tentang solat dan dia
sentiasa mengajak anak-anak dia solat jemaah. Katanya untuk mengumpul lebih
banyak pahala supaya di padang masyar nanti, tidak lah mereka perlu bersusah
payah. Puan Tini meman begitu, sering sahaja mengingatkan anak-anak dia tentang
akhirat.
Niat Airah hendak mengejut Atikah bangun sama terbantut
apabila teringat akan Atikah yang sedang ‘bercuti ke Jepun’ itu. Airah lekas
mengambil wuduk, dan terus mengambil telekung dia, lalu dia turun ke bilik
solat.
Selesai sahaja solat subuh, Airah naik ke bilik dia. Pelik.
Atikah tiada di atas katil. Kemudian dia dengar ada seseorang mandi di dalam
bilik air. Airah meletakkan kembali telekung dia di tenpat asal. Kemudian dia
mendekati bilik air, “Hai, cepat bangun, terus mandi, lema lai la weyh nak
jumpa dia, bazir air je kau mandi sekarang ni” Airah tergelak kecil di luar
bilik air.
“eeeiii, sibuk lah kau ni!” Atikah menjawab dari dalam.
Airah terus ketawa. Kemudian Airah turun ke bilik air di tingkat bawah untuk
menggosok gigi dia dan memabasuh muka dia sekali lagi. Kemudian Airah keluar
ikut pintu belakang seperti biasa dan terus menuju ke kandang arnab di belakang
rumah dia.
Airah masuk ke dalam kandang itu dan mencuit salah seekor
arnab di situ. Itulah rutin harian dia ketika dia berada dirumah, bangun pagi,
selesai solat dia akan bermain dengan arnab-arnab dia seawal pagi itu. Dia
tiada benda mahu buat jadi dia bermain dengan arnab-arnab dia, mahu tidur,
nanti mak dia kejutkan sebab mak dia kata, rezeki akan jauh kalau kita tidur
lepas subuh, lagi satu sebab ialah kerana dia dah terbiasa untuk tidak tidur
lepas subuh.
Pukul 6 pagi Airah masuk ke dalam bilik adik dia dan
menyuruh adik dia untuk mandi dan bersiap-siap ke sekolah. “eonnie, teman Eiya
pergi sekolah nanti tau! Eiya dah lama tak naik kereta sama dengan eonnie!”
pinta adik Airah. Nama sebenar adik dia sama sahaja dengan dia. Cuma dia Siti
Nur Airah dan adik dia Siti Nurul Airah. Hanya Nur dan Nurul sahaja yang
membezakan nama mereka berdua. Panggilan pun lain-lain untuk mengelakkan
kekeliruan.
“Okey Eiya!” Airah bersetuju. Tepat pukul 6:45 minit pagi,
Airah dan adik dia asuk ke dalam kereta untuk bertolak ke sekolah adik dia. .
“AI!” Atikah memanggil Airah dari atas. Tiada jawapan.
Senyap. “AI!” Atikah mencuba sekali lagi. Atikah pantas turun ke bawah untuk
memanggil Airah. Pasti dia sedang kusyuk bermain dengan arnab dia sampai aku
panggil pon tak dengar! Begitulah permikiran Atikah.
“Awak carik Ira ke?” soal Danny. Atikah mengangguk. “Dia
keluar hantar Eiya pergi sekolah tadi” Danny memberitahu. “Eiya?” Atikah
bingung. Tercengang Danny seketika. Agaknya berapa banyak rahsia yang Airah
simpan daripada Atikah. Entah-entah banyak lagi rahsia yang Airah pendam
seorang diri. “Adik perempuan saya yang paling kecil itu” Danny
tersenyum-senyum
Atikah jadi malu sendiri. Malunya! Nama ahli keluarga kawan
baik sendiri pun dia tidak kenal! Atikah merasakan muka dia sedang merona merah
sekarang ini. “maaf” Atikah meminta maaf. “haha, tak ada sebab awak perlu minta
maaf” Danny ketawa.
Atikah memberanikan diri dia untuk duduk di sofa dengan
Danny berdua. “Boleh tak kalau saya nak tahu nama awak satu keluarga, dan kalau
tak keberatan, sejarah family awak juga” Atikah bersuara. Danny tersenyum.
Hearts, :A Fiction Girl:


