♔Hanya Kamu (Part 15)♔
Saturday, 16 June 2012 | 02:59 | 0 love drops

“tak malu, dah besar pon nak manja-manja lagi. Tu kawan awak ada, pergi lah manja dengan dia. Abang malas nak layan awak.” Danny duduk di atas sofa mengikuti adik bongsu dia menonton televisyen.  “Jom la Ika, kita naik bilik” Airah menarik tangan Atikah.

“esok, kita jalan-jalan kat Times Square tau!” Masuk sahaja bilik, Airah menyatakan perancangan dia. “Times Square” Atikah menyoal  ingin pasti. “Yup!” Airah mengiyakan. “buat apa?” Atikah menyoal sekali lagi. “aik? Tanya pulak, shopping la! Belikan abang saya hadiah sebab dia tengah merajuk tu” Airah memuncungkan bibir dia pada pintu bilik, seolah-olah abang dia berada di situ.

“haha, okay” Atikah bersetuju. “Ai, aku nak Tanya boleh?” tiba-tba sahaja Atikah bersuara. Perlahan. Namun dapat didengari oleh Airah. “apa dia?” Airah menyoal kembali. “awak suka Hafeez atau Razi?” Atikah menyoal sekali lagi. “dua dua saya tak suka!” Airah menjawab keras.

“Tapi dua dua suka kat awak” Atikah bagaikan tidak puas hati dengan jawapan Airah sebentar tadi. “tapi saya tak suka” Airah menegaskan kata-kata dia. “Awak suka Razikan, kenapa awak tak cuba meluahkan perasaan awak pada dia, kenapa awak membantu dia memikat saya? Awak jugak yang sakit hati nanti” Airah menyambung kata-kata dia. Dia tahu yang Atikah sudah lama ada hati pada Razi.

“Atikah, kita dah lama kawan, takkan lah sebab lelaki kita nak gaduh?” Airah bercakap dengan suara yang lembut. Atikah menundukkan kepala dia. Memang benar cakap Airah, dia hampir sahaja meletuskan pergaduhan antara mereka, mujurlah Airah memahami dia saat ini. Airah memang pandai mengelakkan diri dari masalah yang bakal datang.

“Entah lah Ai, kadang-kadang saya cemburu juga dengan awak, awak ada banyak peminat, sampaika orang yang saya suka pun, minat kat awak, jadi saya cemburu, saya rasa nak marahkan awak pun ada juga, sebab iyelah, orang yang saya minat tu, minat kat awak, tapi awak tolak dia, saya dahlah tengah cemburu, awak pulak boleh tolak dia, makin la saya marah pada awak, saya tak faham awak lah, kenapa awak mahal sangat?” bagaikan sindiran sahaja kata-kata Atikah itu.

Namun Airah hanya mampu tersenyum. “saya tunggu dia” perlahan sahaja suara Airah. “apa?” Atikah kurang dengar. “apa kata, saya tolong awak rapat dengan Razi?” Airah menukar topic. “apa?” Atikah bagaikan tidap percaya. “Betul la!” Airah tersenyum. Muka Atikah cerah kembali, bagaikan langit yang bakal menurukna hujan, kembali cerah menerangi bumi Allah ini. “thnks Ai!” Atikah memeluk Airah. Airah membalas pelukkan Atikah.

Razi, aku nak jumpa kau dekat City Square esok, jam 10 pagi.

Begitulah SMS Airah pada Razi. Sebenarnya dia hendak mengaturkan temu janji antara Atikan dengan Razi.

Okey!

Cepat sahaja SMS dibalas oleh Razi. Selesai sahaja membaca SMS Razi, Airah menunjukkan tanda bagus pada muka Atikah. Atikah mula rasa berdebar-debar. “Dah pegi tidur, nanti kan bangun lewat tak sempat nak make up dengan touch-up.” Airah bergurau. “bila lampu dah tutup, jangan pulak kau berangan lebih-lebih, karang tidur pukul 3 pagi, bangun je mata macam panda!” Airah menyambung gurauan dia tadi. Kemudian Airah menutup lampu dan kemudian lampu meja dia, kemudian baru dia masuk tidur di sebelah Atikah.



Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥