♔Hanya Kamu (Part 14)♔
Wednesday, 6 June 2012 | 00:37 | 0 love drops

Atikah terus berhenti mengejar Airah. Terus sahaja dia meluru keluar. Malu melihat abang Airah yang tidak berbaju, dan hanya ada tuala sahaja yang tersangkut dipinggang dia, menampakkan badan dia yang mempunyai six-packs.

Airah galak mentertawakan Atikah dibelakang abang dia. “Hey apa nie?! Malu abang!” Danny menarik adik dia yang bersembunyi dibelakang dia. Sekali lagi terhambut ketawa Airah. “sejak bila abang reti malu nie?” Airah bergurau. “Hisy dia ni!” Danny mencuit hidung Airah.

“Dah, Ira nak sambung main kejar-kejar dengan Atikah” Airah mahu berlalu keluar. “Kejap Ira!” Danny menghalang. “apa?” Airah tidak jadi keluar dari bilik abang dia. “Main kejar-kejar? Nie kan tingkat dua, kalau jatuh macam mana?” Danny menyuarakan kebimbangan dia.

“Takkanlah abang!” Airah terus berlalu keluar dari bilik abang dia. Sempat Airah mengenyitkan mata dia pada abang dia sebelum dia menutup pintu. Danny tetap risau. Entah kenapa malam itu dia merasakan ada firasat buruk datang menjelma.

“Aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!” Atikah menjerit nyaring nama kawan baik dia itu. Sepantas kilat Danny keluar untuk melihat apa yang berlaku. Dia melihat adik dia, Airah sedang tersungkur di tangga. “Irraaaaaaaaaaaaa!” sepantas kilat Danny turun tangga dan mengangkat adik dia dengan gaya darling caring.

Sampai sahaja dipintu, Airah yang lesu itu tiba-tiba sahaja ketawa terbahak-bahak. Danny tidak jadi untuk membuka pintu. “apalah abang ni! Ira gurau aje!” Airah menjelirkan lidah dia pada abang dia sekali lagi. “sayang jugak abang kat Ira” Airah tersenyum.

Danny yang geram melepaskan adik dia begitu sahaja. Terjatuh Airah dari dakapan abang dia ke atas karpet lembut. “ouch!” Airah mengerang kesakitan. Nasib baik karpet itu lembut. Kalau tidak, mahunya dia sakit pinggang jatuh di atas mozek.

“Tu lah! Suka sangat main-mainkan orang. Nanti kene betul-betul baru tahu langit tinggi rendah!” Danny emosi kerana di kenakan oleh adik dia sendiri. “Ala, Ira bukan selalu boleh kenakan abang, Ira nie cuti 3 bulan aje, lepas tu susah nak jumpa dengan abang, jadi Ira nak bermanja-manja sikit dengan abang” Airah menarik muncung.



Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥