♔Hanya Kamu (Part 13)♔
Monday, 4 June 2012 | 07:19 | 0 love drops



“Ha! Ni buat apa lagi ni? Pergi ambil wuduk sana!” sergah Puan Tini. “baik mak!” serentak Danny dan Airah menjawab. selesai sahaja mengambil wuduk, Airah dan Danny turun ke bilik solat.

Atikah naik ke bilik Airah dan mengeluarkan pakaian dia untuk mandi. Hari ini dia ‘cuti’ jadi tak jadi masalah dia mandi maghrib macam ini. Lagi pun dia merasakan badan dia sudah melengas dengan peluh yang melekat.

Selesai sahaja mandi, kelihatan Airah masuk ke dalam bilik. “kau nak guna bilik air ke?” Atikah menegur. “Kau habis? Aku memang nak guna” Airah mengeluarkan pakaian dia dan mengambil tuala, kemudian dia masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

“Kau buat apa tu?”  soal Airah pada Atikah. Dia melihat Atikah bagaikan sibuk dengan laptop nya. “main game” Atikah tersengeh. “Game?” Airah pelik. Sejak bila pulak Atikah yang matang nie minat main game? “Baby Maker kat Facebook” makin panjang sengehan Atikah.

“ aisy kau nie” Airah menggeleng-geleng kepala dia. “Dah aku minat budak kecik nak buat macam mana?” Atikah masih lagi dengan sengehan dia. “Apa-apa je lah, jom turun, mak aku ajak makan” Airah mempelawa Atikah. “okay” Atikah menurut.

Selesai sahaja makan malam, Airah dan Atikah terus naik ke bilik mereka. Airah terus baring ke atas katil. “Hey Ai! Kan aku dah cakap, tak baik lepas makan terus baring, buncit nanti, kalau ye pun, sabar lah, 15 minit je” Atikah membebel-bebel pada Airah. “yela, yela, aku bangun la nie, berenti bebel makcik!” Airah mejelirkan lidah dia pada Atikah.

“Nak kene nie!” Atikah mengejar Airah. Airah lari keluar dari bilik dia dan terus menyerbu masuk ke dalam bilik abang dia. Kebetulan abang Airah baru sahaja habis mandi. Airah terus mendapat kan abang dia dan bersembunyi di belakang abang dia. 

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥