♔Hanya Kamu (Part 12)♔
Saturday, 26 May 2012 | 08:07 | 0 love drops
“Sorry la aku tak tahu” Atikah kesal. “tak apa, aku yang tak
ceritakan kat kau. Sorry la, aku belum ready lagi” Airah menundukkan kepala
dia. Kemudian dia berlari ke dalam rumah dia. Airah masuk ke bilik air dan
mebasuh muka dia. Untuk menghilangkan kesan air mata dia.
“Ai, kau ada kat dalam ke?” Atikah mengetuk pintu bilik air
yang dimasukki oleh Airah. “Ada! Kenapa? Kau nak gun abilik air ka?” soal Airah
kembali. “Taklah, aku nak ajak kau main dengan arnab ni” Atikah menekup telinga
dia pada pintu bilik air. Sebentar tadi dia seperti mendengar tangisan dari
dalam bilik air.
“Okay! Aku keluar!” Airah menuju ke pintu untuk keluar.
Cepat-cepat Atikah mengangkat telinga dia semula. “Jom!” Airah tersenyum.
Atikah hanya mengangguk sahaja.
Airah menuju ke kandang arnab dia. Dia memegang seikat
kangkung di tangan dia. Kemudian dibahagikan kepada dua, dia memberikan Atikah
separuh. Mereka menghulur kangkung itu ke arah arnab-arnab itu. Kesemua
arnab-arnab itu mengerumuni mereka untuk makan.
“Cik Ira, Puan suruh Cik Ira ajak kawan masuk, dah nak masuk
waktu maghrib ini” pembantu rumah Airah memanggil Airah dan Atikah. Kebetulan
kangkung di tangan mereka sudah habis. Mereka bangun serentak. Berpimpin tangan
dan masuk ke dalam rumah Airah.
“Amboi, apa pegang-pegang tangan ni!” segah Danny. “Eleh
abang jeles!” Airah menjelirkan lidah dia pada Danny. “jeles sebab?” Danny
sengaja menyoal. “Sebab abang suka Ika!” Airah ketawa menggekek. Merah muka
Danny dan Atikah dibuatnya. “Ai!” Atikah menepuk bahu Airah. Airah masih lagi
dengan sisa tawa dia.
“Tapi kan bang, Ira takkan bagi Ika yang baik ni pada
playboy macam abang!” Airah menjelirkan lidah dia pada Danny sekali lagi. Danny
control macho dia. “mana ada abang playboy, awek yang suka ikut keliling abang,
abang pun tak faham” Danny menggelengkan kepala dia.
Hearts, :A Fiction Girl:


