♔Hanya Kamu (part 9)♔
Saturday, 7 April 2012 | 23:32 | 0 love drops
“Dah! Baik aku tidur lagi bagus, dari aku dengar ceramah free kau tu!” belum sempat Atikah menghabiskan syarahan dia, Airah sudah memotong dan dia sudah terbaring di atas katil empuk dia. Atikah hanya menggeleng-geleng kepala dia sahaja.
Atikah menghampiri tingkap bilik Airah, melihat ke halaman luar belakang rumah dia. Cantik! Ada rumput dan juga kolam replika. Di dalam kolam itu ada ikan koi jepun. Memang cantik! Kemudian dia terpandang di suatu sudut tepi kanan rumah Airah, ada suatu tempat yang dip agar dengan pagar warna coklat kayu. Ada satu rumah mini bersaiz serdahana di situ. Ada sesuatu keluar dari dalam rumah itu. Telinga!
“Ai!!!!! Arnab ke belakang rumah kau tu?” Atikah teruja. “ha? Kat sudut kanan tu? Yup! Rabbit!” Airah mengangkat kedua-dua tangan dia separas muka dia dan menggengam tangan dia dan membuat gaya arnab. “Aku nak!!!” Atikah terus meluru keluar dari bilik.
“Kenapa pulak dengan dia nie?” Airah pelik dengan sikap Atikah. Tak sangka Atikah yang lemah lembut itu kuat jugak lari. Airah turun dari katil dia dan pergi ke tingkap bilik dia. Dah agak! Atikah sudah sampai di situ! Airah baru sahaja hendak turun, tetapi di matikan lagkah dia selepas dia melihat seseorang mendekati Atikah. Biarlah! Airah tersenyum. Kemudian dia naik semula ke atas katil dia dan kemudiannya tidur.
Hearts, :A Fiction Girl:


