♔Hanya Kamu (Part 11)♔
Saturday, 7 April 2012 | 23:37 | 0 love drops

Danny memandang Atikah. Atikah perasan akan jelingan Danny itu menundukkan kepala dia. Hisy! Aku salah cakap ke? Atikah bergumam dalam hati. “maaf” Danny perasan akan riak muka tidak senang yang di tunjukkan Atikah. Walaupun Atikah menundukkan muka, dia tetap perasan. “Balik pada soalan saya tu, awak salah jawab” Danny kembali kepada topik asal dia.

“Adik perempuan awak?” Atikah terus meneka. Danny menggeleng. “Adik perempuan saya ada tiga.” Danny tersenyum. Atikah menepuk dahi. Lupa! “Yang last tu” Atikah meneka lagi sekali. Seklai lagi, Danny hanya menggeleng-geleng kepala dia.

“Awak?” Atikah meneka buat kali terakhir. Kalau salah juga dia sudah fed-up! Danny tersenyum dan mengangguk. “Maaf!” Atikah terus melepaskan arnab kepunyaan Danny itu. “Tak apa, awak nak ambil bawa balik pon boleh, saya tak kisah, lagi pun ada banyak arnab di sini”. Danny tersenyum.

“Ada berapa arnab semuanya di sini?” soal Atikah ingin tahu. “adalah lebih kurang 35 hingga 40. Last sebelum saya belajar d luar Negara ada 20 je, sekarang semua dah beranak pinak, terus bertambah” Danny menceritakan. Atikah hanya mengangguk sahaja. “Semua ini awak punya ke” soal Atikah sekali lagi. “Taklah, kami adik beradik kongsi. Mula-mula hanya saya dah Ira sahaja yang berminat untuk membela, kemudian berjangkit pula ‘virus’ kami ke adik kami. Seorang dapat 5 ekor arnab” Danny menceritakan.

“Seorang  5? Ada 20 mula-mula kan? Jadi awak ada 4 lah adik beradik?” Atikah mengira. Danny hanya senyum sahaja. “Yup! 4! Ira tak beri tahu ke?” soal Danny pelik. Mereka rapat, takkanlah Airah tidak memberitahu dia tentang kembar Airah? “tak, hehe” Atikah sengeh-sengeh. Malu kerana tidak tahu jumlah adik-beradik kawan baik dia sendiri.

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥