♔Hanya Kamu (Part 10)♔
Saturday, 7 April 2012 | 23:34 | 0 love drops
“Hai” Danny menegur Atikah dari belakang. “Astafirullahalazim!” Atikah terkejut. Tepicit arnab dalam tangan dia tadi. Arnab itu terkejut dan mencakar tangan Atikah. “Ouch!” Atikah menjerit kecil. “Kenapa?” Danny terus menarik tangan Atikah untuk melihat. “sikit je” Atikah menarik semula tangan dia. Pantang ada lelaki bukan mahram pegang tangan dia. Danny sedar akan refleksi Atikah itu cepat-cepat memohon maaf.
Danny masuk ke dalam rumah dia semula. Atikah hanya memegang tangan dia sahaja. Tidak lama kemudian Danny keluar membawa peti kecemasan. “Tadah tangan awak, saya akan balut” Danny mengarahkan. Pada mulanya Atikah teragak-agak, selepas melihat keikhlasan pada muka Danny, dia menadah juga tangan dia.
“Sikit je, jangan risau” Danny menampal hand plast ke luka Atikah. “Awak suka arnab ya?” soal Danny. Dia mengambil tempat di sebelah Atikah. Mereka duduk di atas rumput. “Suka!” Atikah menjawab girang. “Di rumah dia, dia membela hanya 3 ekor arnab sahaja. Tetapi di sini, begitu banyak arnab ada. Putih, coklat, hitam, kelabu, tompok-tompok pon ada. Bagaikan berada di dalam syurga arnab. Itu yang membuatkan dia begitu teruja. Dia suka untuk memeluk dan mencium arnab.
Atikah menangkap salah seekor arnab berwarna kelabu putih dan kemudian dia mencium arnab itu. Danny tersenyum. “Awak tahu tak itu arnab siapa?” Danny menyoal. “Ai?” Atikah meneka. “Ai?” Danny pelik, siapa Ai?. “Airah” Atikah menjawab. “oh! Ira! Kenapa panggil dia Ai?” Danny menyoal. “Sebab saya suka perkataan cinta!” Atikah jujur.
Hearts, :A Fiction Girl:


