♔Love Is Not Fiction (part 9)♔
Thursday, 1 March 2012 | 02:30 | 0 love drops

Min Rin semakin tidak senang melihat keakraban antara Ra In dengan Nick. Setiap kali Ra In pusing kebelakang, dia hanya bercakap dengan Nick sahaja. Dan setiap kali itu berlaku, Min Rin pasti akan menulis 'love is fiction' di dalam buku nota kecik dia yang tak serupa nota. kerana yang ada hanya lah 'nota' love is fiction. itu sahaja. Entah berapa banyak buku nota kecil yang telah dia habiskan semata-mata untuk menulis perkataan itu. Min Rin yang dia cemburu melihat keakraban antara Ra In dengan Nick. Tetapi Min Rin sedar, siapalah dia hendak menghalang orang untuk berkawan.

"Ra In, aku tengok kau dengan Nick macam rapat jer sekarang nie." luah Min Rin suatu hari ketika mereka berada di dalam bilik bersama-sama. ""Tak ade la, aku mane ade rapat dengan Yu..eerrkk. Nick!" Sekali lagi! Ra In hampir sahaja tersasul. Dia memanggil Nick dengan nama sebenar dia. Yun Soo. Jadi ra In sudah terbiasa dengan panggilan itu. Dan setiap kali dia dan Min Rin bercakap pasal Nick, dia banyak kali hampir-hampir sahaja tersasul. "cemburu eh?" Ra In tergelak kecil. "Mana ada!" Min Rin menidakkan. Ra In bagaikan dapat meneka perasaan Min Rin pada ketika ini. "Tapi riak muka kau cakap yang kau cemburu." Ra In meneka lagi.

"Tak ade lah!". Min Rin menidakkan sekali lagi. "Riak muka kau, nada percakapan kau, seolah-olah kau cemburu aku rapat dengan Nick." Ra In membuat kesimpulan. "Come on la sis. Min Rin, aku dah lama kenal kau la, aku tahu apa yang ada dalam isi hati kau sekarang nie. Aku engan Yun Soo hanya kawan je. Ooopppsssss!!!" Ra In menekup mulut dia.

"Apa? Yun Soo? Nick? Jadi betulah kan yang Nick tu adalah Yun Soo?! Ra In! Betul kan?! Kau dan aku dah lama berkawan, jadi kau memang tahu apa yang berada dalam isi hati aku sekarang ini. Betul la akan Nick tu Yun Soo?!" Min Rin bagaikan ingin menangis sahaja di saat itu. "Ra In! Please tell me!" Mij Rin merayu sepenuh hati. Kini air mata dia dah jatuh berjejeran. Ra In jadi serba salah. Dia, Ki Jun dan juga nick a.k.a Yun Soo telah merancang untuk merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Min Rin. Sebab itu Ra In dan nick berpura-pura rapat. Ki Jun pula berpura-pura sibuk dan tidak tahu tentang Ra In dan Nick. Saat ini Ra In bagaikan ingin sahaja berterus terang dengan Min Rin kerana kasihakan Min Rin yang telah lama menanti Yun Soo sehingga dia 'bekukan' hati dia untuk menerima sebarang lelaki lain dalam hidup dia selain dari Yun Soo.

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥