♔Love Is Not Fiction (part 8)♔
Thursday, 1 March 2012 | 00:38 | 0 love drops

Sebulan sudah berlalu sejak Nick berpindah ke kolej mereka. Dua minggu sahaja lagi. Bermula dari sekarang, mereka ada exam. jadi mereka berempat pasti bersama-sama dia mana-mana jua. Selama sebulan juga Nick memperhatikan Min Rin. "memang 'beku' la 'ice princess' aku nie!" Luah Nick pada Ki Jun. suatu hari ketika Nick datang ke bilik Ki Jun. "Baru kau tahu! Dia lagi 'beku' dah sekarang nie. Dulu tak de la 'beku' macam nie. Nie semua lepas kau pindah. terus jer 'beku' tahap 'ice berg" Ki Jun tergelak kecil.

 "Tapi aku tak sangka pulak dia se'beku' tu" Nick meraup muka dia. Dia betul-betul tidak menyangka yang Min Rin akan se'dingin' itu. Sewaktu dia hendak pindah, ibu bapa dia ada menyatakan sama ada dia hendak ikut mereka pindah ataupun tinggal di korea bersama-sama dengan datuk dan nenek dia. tetapi Nick membuat keputusan untuk ikut mereka pindah supaya dia dapat melupakan Min Rin. Pada masa itu dia berfikir, buat apa lagi menghadap muka orang yang sudah tidak suka pada dia. Buat sakit hati aje!

"Dah, dah la, jangan fikir dulu buat masa nie. kite nak exam. Lepas exan kau luahkanlah kat dia sendiri.Kau terus teranglah kat dia siapa kau yang sebenarnya." Ki Jun beri nasihat pada Nick. Tiga minggu sudah berlalu. Masa exam mereka sudah pun tamat. Nick merancang untuk memberitahu Min Rin siapa dia yang sebanarnya. tapi dia perlukan masa untuk memahami Min Rin dengan betul-betul kerana Min Rin sudah betul-betul 'beku' sekarang nini. jadi dia takut jika dia cakap sebarangan Min Rin akan cepat naik angin. jadi sekarang ini orang yang plaing penting untuk dia minta tolong adalah Ra In! "Ra In, aku nak jumpa kau kat taman kejap boleh?" Nick menelefon Ra In. "Ha? Taman? ada apa?" Ra In bingung. "ada hal sikit" "Baiklah" Ra In bersetuju. "Siapa?" soal Min Rin. "Yu...eeerrrrkkkk.. tak, tak. Nick" Ra In hampir sahaja tersasul! "dia nak apa?" Mn Rin pelik. Ra In nampak seperti cemas sahaja. "Nak jumpa aku sekejap." Ra In cuba untuk menyembunyikan kegelisahan dia.

"Ra In, sebenarnya tujuan aku nak jumpa kau nie nak dengar kau cerita pasal Min Rin." Nick memegang kejap bahu Ra In. Disaat itu mereka berselindung disebalik bawah pohon yang rendang. Min Rin terlihat situasi itu. Dia terus menyangka yang bukan-bukan. Tetapi di diamkan sahaja. Min Rin terus pulang ke bilik dia. 'Mereka buat apa dia taman? takkanlah diorang bercinta pulak kot? Tak lah! Ra In kan dah ada ki Jun! Dia tak kan sesekali curang pada Ki Jun!" Min Rin mula berfkit yang bukan-bukan tentang Ra In.

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥