♔Love Is Not Fiction (part 14)♔
Monday, 5 March 2012 | 05:02 | 0 love drops
"Awak ni, tak sabar-sabar la kan!" Yun Soo mencui hidung Min Rin. "Awak ingat tak masa tangan saya cedera tu?" Min Rin mengangguk. "tangan saya cedera sebab saya tumbuk dinding sekolah. Tu yang berbalut tu. Masa tu saya geram dengan awak yang masih tak dapat lupakan Jun Woon. Jadi saya tumbuklah dinding untuk lepaskan geram, kemudian saya merajuk kat awak dengan harapan awak akan pujuk saya semula. Tapi awak diam je. Saya diam la". Min Rin ketawa mendengar cerita Yun Soo. Sungguh! Dia tidak perasan masa tu!.
"Lepas tu?" Min Rin ingin tahu. "lepas tu saya bergaduh dengan awak, saya buat awak menangis. Saya serba salah, sebab tu hari terakhir saya di Korea. Sebenarnya, lepas saya balik sekolah masa tumbuk dinding tu, mak ayah saya beritahu yang kami kena berpindah ke London sebab away saya ditugaskan ke sana. Sebab itu saya merajuk dengan awak, tapi awak tak faham saya lagi masa tu" "maaf la" Min Rin meminta maaf. "Tak apa, dah berlalu pun. Petang lepas kita gaduh tu, saya jalan ke tasik unutk menenangkan perasaan. Saya mahu menghubungi nombor telefon awak, tapi awak tak angkat. Secara kebetulan kita teserempak di situ."
"Jadi saya ingin ambil peluang itu untuk beritahu aak tentang perpindahan saya dan saya juga ingin memohon maaf pada awak. Tapi awak marah-marah saya. Saya geram. Dan saya terus terlupa niat ke dua saya unutk memberitahu awak tentang perpindahan saya. Fffuuuhhh~ penah cerita" Yun Soo melawak. Min Rin hanya tunduk sahaja. Kini dia sedar yang dialah yang sepatutnya meminta maaf pada Yun Soo, bukan Yun Soo minta maaf pada dia.
"Minta maaf sebab saya pergi tak beritahu awak" Yun Soo mengangkat dagu Min Rin. Min Rin memandang Yun Soo kemudian dia tersenyum. "Keesokan harinya saya bagai nak gila, tanya semua orang mana Yun Soo pergi." Min Rin tertawa. "maaf" sekali lagi Yun Soo memohon maaf. "Tak apa! Sekarang ini yang paling penting sekali, hati awak dah jadi hak milik kekal saya!" Min Rin memegang dada Yun Soo. Yun Soo tersenyum. Menarik Min Rin kedalam pelukan dia sekali lagi. "Love is fiction rite?" Yun Soo sengaja mahu menguji Min Rin. "Nope! Love is not Fiction!" Min Rin dan Yun Soo tersenyum bahagia.
"Oit! Bahagia nampak! hahahaha" Ki Jun dan Ra In menyergah mereka dari belakang. "Key! Ra In!" Min Rin malu. Mereka berempat sama-sama ketawa.
~THE END~
Hearts, :A Fiction Girl:


