♔Love Is Not Fiction (part 13)♔
Saturday, 3 March 2012 | 22:14 | 0 love drops

"Sekarang ini saya kembali, kembali bersama-sama dengan hati awak. Tetapi saya tidak akan memulangkannya kembali. Saya ingin bertanggungjawab atas segala 'kesalahan' saya mencuri hati awak dan melarikan diri ini bersama-sama dengan hati awak. Sebagai hukuman, saya akan gantikan hati awak dengan hati saya kerana hati awak sudah menjadi hak milik saya dan saya tidak boleh menampung dua hati sekali gus, jadi saya memberikan awak hati saya sebagai 'ganti' kepada hati awak yang telah saya curi dan juga 'hukuman' kepada setiap 'kesalahan' yang saya telah lakukan selama kat awak" perlahan sahaja nada percakapan Yun Soo. Tetapi cukup kuat untuk menggetarkan perasaan Min Rin. Min Rin terus menangis di dalam pelukkan Yun Soo.

"Dah dah la tu nangis, buruk nanti kalau orang nampak" Yun Soo mengelap air mata Min Rin. "Biarlah buruk. Awak kesah apa?" Min Rin mejelirkan lidah dia. "buruk tak lawa nanti, tapi bila balik, bagus jugak buruk, tak adalah orang nak pikat awak nanti." Yun Soo bergurau. "Ape nie? sakitlah!" Yun Soo memegang lengan dia. Baru sebentar tadi dia di cubit dengan Min Rin. "Lain kali cakap jangan lepas je" Min Rin memukul lengan Yun Soo dengan manja. "Kalau tak terus terang macam mana nak bahagia? sebab tak kenal hati budi masing-masing?" Yun Soo mengenyit mata dia pada Min Rin. Min Rin tersenyum bahagia.

"Tapi kan Yun Soo, kenapa awak pindah tak beritahu saya?" soal Min Rin. "Sebenarnyakan, saya dah lama sukakan awak, tapi awak masa tu masih lagi tak dapat lupakan Jun Woon. Jadi saya takut saya akan kecewa nanti kalau saya luahkan perasaan pada awak." 

"Jadi apa kene mengena dengan perpindahan awak?" Min Rin pelik dengan jawapan tidak munasabah Yun Soo.

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥