♔Love Is Not Fiction (part 12)♔
Saturday, 3 March 2012 | 00:30 | 0 love drops
"Kenapa tak tegur" Yun Soo menyoal. Ada sedikit nada kecewa pada percakapan dia. "Sebab saya nak tengok, sejaun mana Nick a.k.a Yun Soo ni, memegang kata-kata dia" sinis sungguh perkataan itu pada pendengaran Yun Soo. Yun Soo tetap cuba untuk bersabar. "Kan saya dah cakap, yang saya akan tunggu awak sampai bila-bila pun" lembut sahaj Yun Soo membalas. Dia masih lagi bersabar dengan sikap Min Rin. Min Rin ketawa sekuat hati selepas mendengar jawapan dari Yun Soo sebentar tadi. Yun Soo mengetap bibir dia. Geram! Geram dengan Min Rin yang bagaikan sedang mempermainkan dia. Dia bersungguh-sungguh, tetapi Min Rin bagaikan tidak menghargai.
"Penipu! Awak penipu! Awak lah penipu paling besar yang pernah saya jumpa! Awak jugak seorang pencuri yang tidak berhati perut! Seorang yang tak bertanggungjawab! Hanya tahu melarikan diri sahaja!" Min Rin melepaskans egala-gala yang terbuku dihati dia selama ini. Yun Soo mendekati Min Rin. "Cuba awak beri tahu saya, apa yang saya tipu awak apa yang saya curi dari awak? Dan bila masa saya tak bertanggungjawab. Cuba beri tahu saya" lembut sahaja kata-kata yang Yun Soo tuturkan. Min Rin terus menangis.
"Awak penipu!! Awak kata cinta itu bukan fiction! Tetapi ianya sememangnya fiction! Awak dah curi hati saya, kemudian awak taknak bertanggungjawab untuk memulangkannya atau menggnatikannya. Malah awak bawa hati saya! Ikut awak melarikan diri ke London! Akibatnya saya yang menanggung rindu! Saya merana mengenangkan awak! Dan di saat saya ingin lupakan awak, awak kembali kepada saya dan membawa hati saya bersama-sama dengan awak! Tetapi sampai sekarang awak masih lagi tidak mahu memulangkannya! Awak emmang kejam!! KEJAM!!!" Min Rin memukul dada Yun Soo. Yun Soo menarik Min Rin ke dalam dakapan dia.
Hearts, :A Fiction Girl:


