♔Love Is Not Fiction (part 10)♔
Thursday, 1 March 2012 | 02:47 | 0 love drops

"Tak mengapalah Ra In. Terima kasih kerana selama ini awak selalu bantu saya. Terima kasih kerana awak sentiasa berada di samping saya dan menemani saya di saat saya suka dan duka. Hal Yun Soo, biarlah saya yang selesaikannya sendiri." Min Rin bangun dan mengesat air mata dua. lalu melangkah keluar dari bilik mereka. Ra In masih lagi terpaku di situ. Dia merasa amat serba salah pada Min Rin. Telefon Ra In berbunyi menandakan ada seseorang menelefon dia di saat ini "Hello Key!" Selepas melihat nama yang tentera di dalam telefon. Ra In dengan sepantas kilat slide handphone touch dia untuk mengangkat telefon. "Key! Nampaknya dia dah tahu siapa Nick yang sebenarnya!" Ra In memberitahu dengan kelam kabut.

"Ha? Tapi macam mana?" Ki Jun terkejut. "Maaf, saya asyik terlepas sebut Yun Soo sahaja." Ra In mengaku kesilapan dia. "hhhmmmm, tak apa lah. Hal yang seterusnya biar saya dan Yun Soo sahaja selesaikan. Awak jangan masuk camput lagi. Bye Ra In!" Ki Jun meletakkan telefon dia. Ki Jun keluar dari bilik dia dan terus meluru ke bilik Nick untuk memberitahu tentang hal itu. "Ha? Jadi dia dah tahu lah siapa aku?" Seperti ki Jun, Nick juga terkejut. "Nampaknya macam tu lah" Ki Jun memberitahu. "Hhhmmm~ tak apalah. Hal yang lain biar aku yang selsaikan sebab aku yang mulakan. Terima kasih kat korang yang tolong aku. Nanti dah baik aku belanje korang makan!" Yun Soo cuba untuk sembunyikan perasaan dia.

Sudah seminggu sejak hal itu berlaku. Ra In dan Min Rin bagaikan tidak mengenali antara satu sama lain. Ra In sentiasa berasa resah setiap kali berdepan dengan Min Rin. Apabila dia hendak bercakap dengan Min Rin, Min Rin pasti akan mengelak. Tunggu saya dekat taman pukul 4 petang ini. Satu lagi surat layang dari Nick kepada Min Rin. Nick sengaja memilih pukul 4 kerana mereka tiada kelas pukul 4 petang nanti. Min Rin mecapai surat itu lalu mengkoyakkan surat itu di depan mata nick tanpa membacanya.

Nick yang terkejut dengan perilaku Min Rin hanya mampu diam sahaja. Min Rin terus berlau pergi memandangkan kelas sudah habis. "Tunggu saya pukul 4 petang! Saya akan tunggu awak sampai awak datang!" Nick menjerit pada Min Rin. Min Rin segera ke tandas dan menangis sepuas-puasnya di dalam tandas. "Apa yang aku patut buat?" Min Rin berkata dalam hati. "Nak pergi atau taknak pergi?" min Rin jadi bingung sendiri. Min Rin membasuh muka dia di dalam tandas itu dan menenangkan fikiran dia seketika. Kemudian dia keluar dan terus menuju ke bilik dia. Min Rin meletakkan buku-buku dia dan beg dia di atas katil, lalu Min Rin pun terus menuju ke bilik mandi untuk mandi dan menyegarkan badan dia.

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥