♔Love Is Nor Fiction (part 11)♔
Thursday, 1 March 2012 | 05:25 | 0 love drops
Selesai sahaja mandi, Min Rin keluar dari bilik mandi dan terus mengenakan pakaian yang sesuai. Hari itu dia hnya mengenakan baju T lengan pendek dan skirt separas bawah lutut sahaja. Kemudian dia berdiri di depan cermin. Rambut dia yang ikal mayang itu di biarkan lepas sahaja dan kemudian memasang klip pada rambut dia. Selesai sahaja menyiapkan diri, Min Rin bangun dan duduk di meja belajar dia untuk mengulangkaji pelajaran. Ra in pelik melihat kelakuan Min Rin itu, dibiarkan sahaja. Mengulangkaji itu bukan lah kebiasaan Min Rin. Jika peperiksaan sudah dekat barulah dia mengulangkaji pelajaran. Min Rin buat semua ini hanyalah untuk mengaburi mata Ra In. petang ini dia hendak berjumpa dnegan Nick a.k.a Yun Soo tanpa pengetahuan Ra In.
Jarum sudah menunjukkan pukul 4 setengah petang, pada ketika ini barulah min Rin bangun dari meja belajar dia untuk keluar. Dia memang sengaja melambatkan amsa untuk mengetahui sejauh mana Nick akan memgang kata-kata dia. Min Rin berfikir, jika dia keluar sudah tentu Ra In akan memberitahu Nick, jadi dia membuat keputusan untuk datang pukul 5 petang. Dia akan bersembunyi di taman untuk mengintip Nick. "Yun Soo! Dia dah sampai ke belum?" Soal Ra In di dalam telefon. "Belum, aku tak nampak dia pon." Yun Soo mengeluh. "Peliknya, tadi dia dah keluar" "Bila?" soal Yun Soo. "Pukul 4 setengah tadi." Ra In emmbeitahu. "Dah 10 minit dah nie, aku tak nampak pon. Bayang dia pon aku tak nampak." sekali lagi Yun Soo mengeluh. "Ala, kejap lagi sampai la tu. Sabar tau! Bye!" Ra in memutuskan panggilan.
Buat kali ketiganya Yun Soo mengeluh sekali lagi, sambil melihat telefon dia. 'Lamanya! dah nak dekat 1 jam dah aku terpacak kat sini!." Yun Soo merungut. 'Kalau tak ada pukul 5 nie...aku balik la" Yun Soo terasa bagaikan mahu putus asa sahaja di situ. tepat pukul lima Yun Soo bangun dari bangku untuk balik ke bilik dia semula. "Cepatnya awak putus asa. Saya ingatkan awak sanggup tunggu sampai bila-bila" sindir Min Rin. Yun Soo terpaku sebentar. "Dah lama sampai?" Soal Yun Soo. "Dah, siap nampak awak berbual-bual laggi dalam telefon. Siapa telefon? Ra In?" Min Rin terus berjalan ke hadapan dan berdiri di depan kolam ikan. Yun Soo mengekori Min Rin.
Hearts, :A Fiction Girl:


