♔Hanya Kamu (part 7)♔
Wednesday, 28 March 2012 | 01:55 | 0 love drops

Keesokkan paginya, pelik. Tiada kapur lagi melayang pada Airah. Kehabisan stok agaknya. Airah berfikir. Lepas sahaja kelas Hafeez, Airah berasakan ada orang menjeling dia. Dia menoleh ke arah itu. Hafeez sedang menjeling Airah dengan tajam. Kenapa pulak mamat tu nak jelling-jeling aku. Aku tau lah mata dia besar, tak macam aku, sepet. Airah bergumam dalam hati.

“Ai, cuti semester nanti, kau balik rumah kau ke nanti” soal Atikah. “Mestilah! Habis tu aku nak balik mana lagi?”Airah menjawab. “Rumah Razi!” Atikah bergurau. “Ika! kau yang suka dia, bukan aku, jadi kau yang patut balik rumah dia, bukan aku” Airah membidas. Atikah hanya tergelak sahaja.

“aku nak ikut awak balik rumah boleh” Soal Atikah. “Ikut aku? Kau kena cakap dengan ibu bapa kau dulu” Airah menjawab. “Aku dah cakap, dan mereka bagi aku ikut kau” Atikah memberitahu. “Betul ni?!  Kalau macam tu, welcome to my house! Tapi nanti la. Hahaha” mereka sama-sama ketawa.

“lupa pulak nak cakap, kat rumah aku nanti kau kene speaking korea tau!” Airah bergurau. “Ha?? betul ke? Macam mana ni? aku tak reti” Atikah risau. “hahahahaha, aku main-main je la!” Airah ketawa terbahak bahak. “Ai!!!!!!!!!!!!!” Atikah mencubit lembut bahu Airah. Airah mengaduh kesakitan dalam tawanya. “Taka de lah, aku tipu kau jer, kau nie, senang sangat kan kene tipu.” Airah menjelirkan lidah dia. “Kau nie kan!” Atikah ketawa.

“Assalammualaikum, ma~ pa~” Airah menjerit dari luar. “eonnie!” (kakak). Jerit salah seorang adik perempuan Airah. “Akak ada bawak kawan datang la, cakap Melayu!” Airah mencuit hidung hidung adik dia. Adik dia menggentel hidung dia yang di cuit oleh Airah. “Okay!” Adik Airah terus meluru masuk ke dalam rumah.

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥