♔Hanya Kamu (part 6)♔
Tuesday, 27 March 2012 | 07:35 | 0 love drops
“Maaf. Tapi saya betul-betul nak awak jadi girlfriend saya. Saya ikhlas nak awak jadi teman hidup saya.” Razi berucap sekali lagi. “Kalau saya taknak” soal Airah. “Kenapa? Awak dah ada Hafeez ke?” soal Razi kembali”.Airah mengeluh.
“Bukan macam tu, tapi saya tak boleh nak terima cinta awak. Maaf kan saya. Tapi bukan disebabkan Hafeez, cinta Hafeez pun saya tak terima lagi” Airah jujur. “Taka pa lah, dah lewat ni, jom balik” Razi melihat jam tangan dia. “Jom” Airah bagun dan berjalan seiring dengan Razi.
“Seronok keluar?” soal Atikah sebaik sahaja melihat Airah pulang ke dalam bilik dia. “Seronok! Dapat tengok Aaron Aziz!” Airah menceritakan sepanjang dia berada di panggung wayang itu. Seronok melihat Aaron Aziz berlaokn tadi! “Bukan tu maksud aku, maksud aku, seronok dapat keluar dengan Razi? Razi ada cakap apa-apa tak” Soal Atikah.
Soalan Atikah itu membuatkan muka Airah menjadi sedikit merah. “Tak ada apa-apa, kami berbual-bual kosong sahaja. Ya Allah! Kalau lah Atikah tahu yang Razi meluahkan perasaan pada dia, mesti haru jadinya nanti! Jadi Airah membuat keputusan untuk diam sahaja.
“Jom lah tido. Esok nak bangun” Atikah menutup lampu bilik mereka. “Aku belum mandi lagi. Solat pun belum”. Airah membukanya kembali. “Cepat sikit. Aku nak tidur” Atikah membungkus diri dia dengan selimut. Airah menuju ke bilik mandi dan membersihkan diri . Selesai sahaja solat Isyak, dia menutup lampu dan terus tidur.
Hearts, :A Fiction Girl:


