♔Hanya Kamu (part 4)♔
Monday, 19 March 2012 | 03:05 | 0 love drops

Ai,Razi mahu jumpa kau pukul 5 petang ni kat Jusco. Baru sahaja Airah siap memakai baju dan bersiap-siap untuk tidur petang, dah dia mendapat pesanan ringkas dari Atikah. Aku nak tidur. Itu sahaja yang dibalas oleh Airah. Razi kata important sangat-sangat. Atikah membalas. Yela,yela, kenapa kau tak naik? Airah meyoal. Aku ada kerja sikit. Bohong Atikah. Sebenarnya dia sedang mengelak dari Airah. Dia terluka kerana dia merasakan yang Razi bagaikan mempergunakan dia untuk dekat dengan Airah. Tetapi Airah tidak melayan Razi pun. Hanya Razi sahaja yang melebih.

Airah tahu bahawa Atikah ada hati dengan Razi, sebab itu dia malas hendak eprgi, tetapi kalau tidak pergi pula, Razi akan kecil hati dan sudah tentu Atikah akan menyoal dia bermacam-macam jenis soalan. Jadi dia membuat keputusan untuk mengikut sahaja Razi.

“Hai, datang jugak awak kan. Saya inga awak dah tak nak datang dah.” Razi menyapa Airah. “awak ni, maca tak suka je saya datang. Kalau tak suka saya nak balik. Awak keluar sahajalah dengan Atikah.” Airah mendengus. “Janganlah macam tu, saya gurau je” Razi menggaru kepala dia yang tidak gatal itu. Tabiat agaknya.

“Kita nak tengok cerita apa nie” Soal Airah. “Bujang terlajak! Hahaha” Razi ketawa. “sukahati awak la” Airah menggeleng-geleng kepala dia. Masuk sahaja ke dalam panggung wayang, bukan cerita bujang terlajak yang dimainkan, tetapi Ombak Rindu yang dimainkan. Hisy dia ni! Buat suspen je la! Macam tau-tau aje aku ni minat Aaron Aziz! Airah tersenyum dalam hati.

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥