♔Hanya Kamu (part 2)♔
Wednesday, 14 March 2012 | 01:08 | 0 love drops


“Suka?? Please lah! Tolong la! Aku tak suka dia. Kan aku dah cakap, kalau aku tak suka seseorang tu, bermakna aku tak suka la! Jangan la nak paksa aku!” Airah mendengus. “haaaiiisss kau ni. Aku tak faham betul la” Atikah menggeleng kepala. Airah nie bukannya tak laku, tapi dia sahaja yang menjual mahal. Ramai yang sukakan dia, tetapi semuanya di tolak mentah-mentah. Entah apa yang di tunggu Airah agaknya. Bidadari lelaki jatuh dari langit kot baru dia nak terima.

“Entahla  Ika, aku sendiri tak faham kenapa dengan aku ni. Aku nie jenis yang susah sangat hendak terima cinta seseorang tu. Tapi kalau aku minat dengan seseorang tu, aku pendamkan aje. Tak nak budak tu tahu. Aku hanya mampu melihat mereka dari jauh, tak berani nak dekat. Baguslah kan, aku kejar orang, dan orang kejar aku. Hhmmm” Airah menggeleng kepala.

“Ai, nama dah ade perkataan ‘cinta’ dah, tapi orangnya sahaja susah hendak terima cinta.” Atikah ketawa. “Ika nie memang suka gurau macam tu” Airah merajuk. “eleh, bla la kalau kau nak merajuk” Atikan mencuit hidung Airah. “Ok. Aku bla” Airah mengambil buku-buku dia dan bagun dari bangku yang berada di taman itu, lalu menuju ke asrama mereka.

“Eh! Nak pergi mana tu?” Atikah menjerit. “Masuk bilik! Merajuk dengan kau!” Airah menjelirkan lidah dia. “Ouch!” Airah merasakan sesuatu di baling kea rah kepala dia. Kapur? “Hisy! Geram betullah aku dengan anak orang ni! Kau nak ape sebenarnya hah?!” Sergah Airah pada Hafeez.

Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥