♔Hanya Kamu (part 1)♔
Sunday, 11 March 2012 | 23:04 | 0 love drops
Dia lagi! Hisy dia nie! Tak ade keje lain ke?! Asyik baling aku dengan kapur je! Airah marah dalam hati. Pagi tadi sewaktu dia mahu duduk di tempat duduk dia, dia di baling dengan kapur. Sewaktu dia lalu di depan kelas orang itu, dia di baling sekali lagi dengan kapur. Dan kini dia sedang membuat ulangkaji di perpustakaan, dia di baling lagi dengan kapur. Memang tension!
Airah mengutip kapur itu dan berjalan ke arah budak itu. “HOI! Kau tak ade adab ke hah baling-baling orang dengan kapur?! Kau ingat aku nie ape? Papan target ke nak baling?!” Airah memarahi budak itu. “ehem!” seorang pegawas perputakaan berdehem. “Maaf.” Airah tertunduk malu. Budak lelaki itu sudah tertunduk-tunduk mengelakkan Airah.
“Kalau awak mahu buat bising, sila keluar !. Perpustakaan ini tempat untuk orang mengulangkaji dan membaca buku. Bukan untu k bertekak dan bergaduh. Jika awak hendak buat semua itu, sila keluar ya!” amaran keras pustakawan .
“Eeeeeiiiiiii!!! Geramnyer aku!” Airah menceritakan kembali situasi itu pada kawan baik dia, Atikah. “Ade ke patut dia yang buat hal aku yang kene marah! Tak adil betul la!” Airah masih lagi dalam mood tidak baik. “Hahaha, dia suka kau tu!” Atikah ketawa.
Hearts, :A Fiction Girl:


