♔Love Is Not Fiction♔
Friday, 10 February 2012 | 05:18 | 0 love drops



Cinta? Huh! Kiri dan kanan aku, orang asyik sibuk cakap pasal cinta. Bagi aku cinta itu hanyalah fiction semata-mata. Lepas aku dikecewakan terus aku tak percayakan cinta lagi. Aku anggap cinta aku yang dulu itu hanyalah fiction semata-mata. "Min Rin!!" jerit sesorang dari belakang. Tersentak dia dari lamunan dia sebentar tadi. "Hah kau! ade ape?!" soal Min Rin pada Yun Soo. "Kau buat ape kat sini? Dari tadi aku tengok kau termenung je kat luar tingkap nie" Yun Soo terus mendekati tingkap untuk melihat ke arah pandangan yang sama dengan Min Rin. "Tak ade pape la" Min Rin terus berjalan dan duduk di meja dia semula.

Yun Soo terpandang sepasang kekasih yang sedang bergurau senda betul-betul di hadapan dia. 'Patutlah!' Yun Soo terus berjalan ke meja dia yang terletak bersebelahan dengan meja Min Rin. "Kau masih cinta dia ke?" soal Yun Soo pada Min Rin secara tiba-tiba. "Apa? Cinta? Itu semua hanyalah fiction je." Min Rin selamba menjawab. "Suka hati kau la kalau kau nak bohong hati kau. Tapi kau tak dapat nak bohong aku" Yun Soo bangun dan terus berlalu pergi. Dia dah lali dengan sikap 'ice princess' yang dingin beku itu. 'Tak habis-habis nak bohong hati sendiri!' tanpa sedar, Yun Soo menumbuk dinding di sebelah dia dengan sekuat hati.

"Wei bro! Kau nie ape hal? tumbuk-tumbuk dinding sekolah? tengok ape dah jadi? tangan sendiri bengkak? macam mane kau nak tulis nanti? exam dah dekat" Ki Jun membebel pada Yun Soo. Sewaktu dia dalam perjalanan ingin berjumpa dengan Yun Soo di dalam kelas, dia ternampak kelibat Yun Soo keluar kelas lalu dia pun mengejar. Tidak sempat untuk melaungkan nama Yun Soo, Yun Soo terlebih dahulu menumbuk dinding. Tangan Yun Soo bengkak dan dua daripada lima jari dia telah patah. "nie mesti pasal Mi Rin nie kan?" Ki Jun menyerkap jarang. Yun  Soo meraup muka dia dam kemudiannya dia mengeluh. Satu keluhan yang teramat berat.

"Aku tak faham dia lah Key!" Dia masih mengharap lagi dengan lelaki tak guna tu! Sah-sah laki tu dah permainkan perasaan dia! tapi dia..dia masih mengharap lagi!" nada suara Yun Soo mula mengendur. "Dia tak tahu ke siapa selama ini yang berada di samping dia?" satu soalan yang sukar bagi Ki Jun untuk menjawab. "mungkin dia tak sedar lagi kot. Kau kene lah bagi tahu dia yang kau suka kan dia. Habis cerita!" Ki Jun memberikan pendapat dia. "Aku dah cakap dah Key! Tapip sampai sekarang tak de jawapan lagi dari dia! Dia still mengharap lagi dengan 'fiction' dia tu! Dia tak tahu ke yang realiti dia dah ada depan mata?!" Yun Soo meluahkan rasa tidak puad hati dia pada Ki Jun. Ki Jun hanya mampu mendengar sahaja. Dia sendiri ening dengan sikap 'ice princess' itu.

Hearts, :A Fiction Girl:

/ New Stories ♥