♔Love Is Not Fiction (part 6)♔
Sunday, 26 February 2012 | 02:05 | 0 love drops
~3 tahun kemudian~
"Hai ini ada pelajar pertukaran baru dari London. Baiklah, sila masuk dan kemudian sila memperkenalkan diri kamu ya" Profesor Jung mempersilakan pelajar pertukaran itu masuk dan memperkenalkan diri. 'London? kenapa mesti London?' Min Rin mengomel dalan hati. "Hei Min Rin! Handsome jugak ammat tuh!" Ra In memuji pelajar itu. "Macam Yun Soo!" Ra In menambah. Min Rin cepat-cepat menoleh ke arah 'Yun Soo' tersebut. min Rin tergamam. Betul! Budak tuh muke dia macam Yun Soo! Tapi takkan la. Min Rin tidak berani membuak spekulasi sendiri. Tapi di sudut hati dia, dia mengharap yang Nick itu betul-betul yun Soo.
"Sudah, sudah lah tu. Kau nie kan, dah ade Ki Jun nak menggatal lagi dengan laki lain? Bagi tahu Ki Jun nanti" Min Rin meng-ugut Ra In dengan gurauan. "Eh! Janganlah! Penat tau aku pikat Ki Jun!" Ra In membantah. Mereka sama-sama tertawa. "Baiklah Ra In, sesi bergosip dengan jiran belaknag sudah tamat. Sila pandang hadapan semula." Profesor Jung mengarah Ra In. Satu dewan kuliah melihat ke arah mereka. Semua ketawa. "Baiklah prof! saya pandang depan." Ra In tersengeh-sengeh dan menarik kerusi dia kembali kehadapan.
"Baiklah Nick, awak boleh duduk dis ebelah Min Rin sana tu" Profesor Jung mnunjukkan ke arah Min Rin. Nick hanya mengangguk kepala dan menuju ke arah Min Rin. "Boleh saya duduk?" soal Yun Soo. Min Rin sekadar mengangguk kepala sahaja. Nick melihat Min Rin seperti sibuk menulis sesuatu di dalam buku nota kecik dia. Ah! Mungkin nota kaki dia. 'hhmmmm~ Love is fiction? Nampaknya dia masih seperti dulu'. Nick bergumam dalam hati. Maaf, nanti awak boleh tak tunjukkan saya di mana kafe masa makan tengah hari nanti? saya masih tak tahu selok belok kolej ni. Rehat dengan saya tau! Satu surat layang dari Nick sampai kepada Min Rin. Min Rin mengambil surat itu dan membaca. Dia sekadar mengangguk sahaja kerana dia tahu pada saat ini Nick sedang memerhatikan dia.
Hearts, :A Fiction Girl:


