♔Love Is Not Fiction (part 5)♔
Sunday, 26 February 2012 | 01:03 | 0 love drops

"Ki Jun! mana Yun Soo? Dia tak datang ke?" bertalu-talu seoalan keluar dari ulut Min Rin. "Ha? dia tak bagi tahu kau ke?" soalan Min Rin di jawab dengan soalan. "Bagi tahu apa?" Min Rin semakin pelik. Ki Jun mengeluh seketika. "eeemm~ tak ade pape lah!" Ki Jun berselingkuh. "Apa dia Ki Jun?! Bagi tahu lah! Dia tak sihat ke? Masuk hospital ke? datuk di asakit? nenek dia sakit?" sekali lagi Mi Rin menyoal dengan bertalu-talu walaupun soalan dia kedenganran agak melucukan. Tetapi ki Jun tidak terusik pun. "eeerrrr, kalau kau nak tahu, kau pergi jumpa Cikgu Kim tu. kau tanya Cikgu kim sendiri" Ki Jun melarikan diri dari terus di soal siasat oleh Min Rin. Bagaikan pesalah ia do soal siasat oleh Min Rin!

"Apa? dia pindah?" Bagikan ada halintar menyambar Min Rin pada saat ini. "iye? kenapa? Dia tak beri tahu awak ke? bukan ke korang nie rapat ke?" soal Cikgu Kim kembali. "Tak, tak, ada! ada! Maaf cikgu! Saya yang lupa! Dah lama sangat dia beri tahu saya, jadi saya lupa. Maafkan saya cikgu! Terima kasih cikgu!" Min Rin berlari keluar dari bilik guru. Dia menangis sepuas hati di dalam tandas."kenapa nie Min Rin?" Ra In menyoal apabila terlihat mata Min Rin bengkak selepas keluar dari tandas sebentar tadi. Ra In mengambil tempat duduk Yun Soo selepas Yun Soo berpindah. Sekarang ini dia duduk di sebelah Min Rin. 'Yun Soo!' Min Rin bagaikan ingin sahaja menjerit nama itu. Tetapi fikiran dia masih lagi waras.

"Ki Jun! Ki Jun! Mana Ki Jun?" soal Min Rin pada Ra In dengan tidak sabar. "Dia ke tandas" Ra In menjawab. "cepat panggil dia! Aku nak jumpa dengan dia sekarang jugak! cepat! panggil Ki Jun!" Min Rin seperti orang hilang akal di saat ini. Ki Jun yang mendengar kekecohan di kelas, mempercepatkan langkah dia untuk sampai ke kelas. "Ki Jun!" Min Rin meluru ke aras Ki Jun sebaik sahaj Ki Jun melangkah masuk ke dalam kelas. "mana Yun Soo?! Yun Soo! Yun Soo pindah mana?" bertubi-tubi seoalan keluar daripada mulut Min Rin. "Yun Soo~ eeerrr, dia tu~" Ki Jun tidak sanggup untuk bercakap. Dia tidak menyangka sampai begini sekali Min Rin dengan perpindahan Yun Soo. Belum lagi dengan kematian Yun Soo. "Mana Yun Soo?!!" Min Rin meninggikan suara dia pada Ki Jun. "Pindah! Pindah ke London!" Ki Jun tidak sengaja meninggikan suara dia pada Min Rin.

Min Rin Jatuh terjelopok di atas lantai. Dia menangis teresak-esak di depan rakan-rakan kelas dia. "kenapa? kenapa disaat aku mencintai seseorang, seseorang itu tiada di smaping aku lagi? Di saat aku betul-betul dan bersedia untuk menyayangi dia, dia meninggalkan aku? Huh! Love is not fiction? Love always be a fiction!" Min Rin menjerit di dalam kelas. Dia menangis semahu-mahunya. Ra In bersimpati dengan Min Rin tetapi dia tidak tahu hendak buat apa. Jadi Ra In memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Dia takut unutk bersuara demi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.




Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥