♔Love Is Not Fiction (part 2)♔
Friday, 17 February 2012 | 09:54 | 0 love drops


Sejak peristiwa itu, Yun Soo dan Min Rin langsung tidak bertegur sapa. Biasanya Yun Soo akan menegur Min Rin, tetapi kali ini tidak. Yun Soo buat tidak peduli sahaja. Apabila Min Rin menegur, Yun Soo akan lari, paling tidak pun buat acuh tak acuh sahaja terhadap Min Rin. Min Rin sedar akan perubahan  pada diri Yun Soo, tatapi dia tidak tahu atas sebab apa. Dia malas hendak amsuk campur tentang hal peribadi orang lain tanpa mengetahui yang Yun Soo jadi begitu adalah kerana sikap dia sendiri. Hal Yun Soo adalah hal Yun Soo dan hal dia adalah hal dia, jadi tiada sebab dia hendak busy body. Dia pernah tanya Yun Soo kenapa tangan dia berbalut, "aku tumbuk dinding. Kenapa?" Sinis sahaja jawapan Yun Soo. Itu yang membuatkan Min Rin sakit hati dan tidak peduli lagi.

"Min Rin! Aku tengok kau dengan Yun Soo macam dah tak rapat lagi je" kawan baik Min Rin, Ra In menyoal. Min Rin hanya menjongket bahu sahaja. Dia sendiri perasan akan perubahan itu. Tetapi tidak tahu puncanya, sedangkan punca hubungan mereka begini adalah dari diri dia sendiri. Yun Soo sudah penat hendak melayan 'pembohong hati' macam Min Rin. Yun Soo seorang yang jujur, dan semestinya seseorang yang jujur tidak suka akan 'pembohong'. Yun Soo cukup bengang dengan sikap Min Rin. Jadi dia membuat keputusan untuk tidak menegut Min Rin lagi. Sebagai tanda protes dia pada Min Rin. Tetapi nampkanya Min Rin masih tidak sedar. Tak mengapa, aku akan terus bertahan!

"Yun Soo, kenapa kau sekarang jarang tegur aku ha?" soal Min Rin pada Yun Soo ketika mereka bersendirian di dalam kelas. "sebab aku sakit hati dengan kau" Yun Soobersahaja menjawab. Min Rin agak terkejut dengan jawapan Yun Soo sebentar tadi. Dia sakit hati dengan aku? sebab apa pulak? Bila masa aku ada buat salah dengan dia? Min Rin berfikir. "aku ada buat kau sakit hati?" Min Rin memberanikan diri menyoal. "Yup! dan sekarang aku snagat-sangat sakit hati dengan kau!" Yun Soo menjegilkan mata dia pada Min Rin. Min Rin hanya menundukkan muka dia sahaja. "maaf" hanya itu yang mampu Min Rin katakan. Sebentar kemudian Yun Soo terdengar esakan kecl de sebelah dia. "Min Rin, kau nangis?" Yun Soo cemas. Selam ini dia tidak pernah melihat Min Rin menangis di hadapan dia. Yun Soo tahu 'ice princess' itu seorang yang tabah dan tidak mudah unutk menangis. Tapi kenapa hari ini dia menangis?

"Aku minta maaf sebab buat kau nangis tadi." ucap Yun Soo dengan bersalah. Petang itu Yun Soo berjalan-jalan di tepi tasik untuk menenangkan perasaan dia. Kebetulan berjumpa dengan Min Rin yang sedang membawa anjing dia bersiar-siar. Yun Soo mengambil kesempatan itu untuk mengajak Min Rin duduk di suatu bangku yang berdekatan untuk bincnagkan tentang hal di sekolah tadi. "Hmm" hanya itu sahaj jawapan dari Min Rin. "macam tak ikhlas je jawab" Yun Soo cuba bergurau. Tetapi Min Rin hanya senyap sahaja. "Apa yang saya dah buat sampai awak sakit hati?" Min Rin bersuara setelah lama berdiam diri. Yun Soo jadi kekok sebentar. Sebentar tadi Min Rin baru sahaja menukar panggilan kebiasaan mereka, iaitu 'aku kau' kepada 'saya awak' "Tak, tak ada apa-apa" Yun Soo mengeluh



Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories / New Stories ♥