♔Hanya Kamu (Part 28)♔
Friday 25 January 2013 | 06:06 | 0 love drops

Sampai sahaja di rumah Atikah naik ke atas dan berbaring di atas katil. Puan Tini menyuruh Atikah tinggal sementara di rumah mereka sementara cuti masih panjang dan juga sementara menunggu Airah pulih. Atikah sudah pun khabarkan pada orang tua dia. Orang tua Atikah turut bersimpati degan keadaan Airah membenarkan Atikah tinggal sementara di rumah kawan baik anaknya itu.

Atikah terjaga dari tidur sebaik sahaja terdengar deringan telefon. “Hello” Atikah bermalasan. “Atikah” Razi bersuara. “Razi?” Atikah meneka. “Ya saya” Razi mengiyakan. “Awak nak apa?” “Ai macam mana?” Razi meyoal. Atikah hanya mengeluh sahaja. “Atikah?” “Ai, dia kena amnesia” berat mulut Atikah hendak menjawab. Dia sukakan lelaki itu, tetapi lelaki itu sukakan kawan dia. Sungguh perit rasa itu di dalam dada Atikah.

“Tapi awak jangan risau dia akan ok” mendatar sahaja suara Atikah. “Baiklah, Assalammualaikum” Razi meletakkan telefon. Atikah merenung dalam telefon dia. Satu keluhan berat di lepaskan. Bunyi ketukan pintu kedengaran “Atikah jom makan” Danny mengajak Atikah. “Baiklah”
“Kak Tika, Kak Tika, kenapa akak sedih? Kak Ira macam mana Kak Tika?” Eiya menyoal petah. “Sayang, Kak Ira dekat hospital lagi, nanti kita tengok Kak Ira ya? Sekarang makan dulu” Danny memujuk adik dia supaya makan. Atikah merenung lelaki yang memakai cap itu. Isyarat pelik di berikan kepada Danny. Danny sekadar tersenyum hambar sahaja. Mereka meneruskan makan dengan senyap dan tertib. Baiknya Danny ni, adik dia, dia suap, beruntung siapa yang jadi isteri dia. Atikah merenung Danny yang sedang menyuap adik dia.

“Kenapa?” Danny bertanyakan kepada Atikah. Dia berapa pelik dari tadi. Dia merasakan yang Atikah sedang merenung dia. “Err, tak, tak ada apa apa” Atikah tertunduk malu. Rafeeq sudah habis makan. Dia meletekkan pinggan dia di dalam singki lalu membasuhnya. Kemudian dia berdiri tegak di tepi peti sejuk. Seperti bodyguard yang menunggu majikan dia menghabiskan makanan. Tegak sahaja tetapi kepala dia masih lagi menunduk.

“Rafeeq, awak buat lah apa yang awak suka” Arah Danny. Dia sudah faham dengan perangai Rafeeq yang hanya akan bergerak jika menerima arahan sahaja. Layaknya seperti robot. Rafeeq berjalan ke ruang tamu.

#sebulan lebih kot tak update, huhu, draf kali terakhir buat smpai sini je, jap lagi p sambung la, hahaha, entah bila habis aku pon tak tau, draf pon x siap lagi, huhu. anyway, enjoy your reading peeps ;D




Hearts, :A Fiction Girl:

♥ Old Stories